(SEMASA) NESTLÉ EVERYDAY® MEMBANTU 80,000 KELUARGA DI MALAYSIA MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI HARIAN

KSC Nestle Everyday 3

PETALING JAYA, 02 Jun 2016 – Nestlé EVERYDAY® hari ini merasmikan kempen Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY® bersama komuniti Projek Perumahan Rakyat untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan pengambilan susu dalam pemakanan harian mereka. Majlis pelancaran media tersebut diadakan di ibu pejabat Nestlé (Malaysia) Berhad di Mutiara Damansara.
KSC Nestle Everyday 2a

Satu kajian yang dijalankan oleh TNS menunjukkan bahawa standard pemakanan rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi ayam, roti canai dan mi kari, tidak mampu membekalkan sepenuhnya keperluan nutrisi harian utama yang disyorkan bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Malangnya, kebanyakan keluarga di Malaysia terpaksa mengabaikan bahagian pemakanan harian yang amat penting ini disebabkan oleh tekanan pendapatan isi rumah yang semakin menyusut. Kekurangan nutrien penting seperti Vitamin C, Zat Besi, Vitamin B1 dan B2 boleh menjejaskan kesihatan, tumbesaran dan perkembangan kita secara umum. Sebenarnya, kesemua nutrien tersebut boleh didapati melalui pengambilan susu.

Max Nutre 1

Susu Nestlé EVERYDAY® yang diperkaya dengan MAX NUTRETM , kombinasi pintar nutrien seperti Protein, Magnesium, Kalsium dan juga Vitamin A, B1, B2 dan B12 yang diperlukan untuk membina otot yang lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang tinggi, serta memberi khasiat kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ia adalah cara yang bijak untuk memenuhi keperluan nutrisi harian kerana pengambilan 2 gelas sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% Vitamin C, Zat Besi, Vitamin B1 dan B2² yang diperlukan. Berbeza dengan tanggapan umum bahawa susu hanya untuk kanak-kanak, Nestlé EVERYDAY® juga sesuai sebagai minuman keluarga, lebih-lebih lagi dengan rasanya yang digemari oleh seisi keluarga³.

Pada bulan lepas, Nestlé EVERYDAY® telah memulakan Kempen Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY® yang diadakan dengan komuniti Projek Perumahan Rakyat melalui satu siri roadshow yang mensasarkan 100 lokasi di seluruh negara. Projek Perumahan Rakyat adalah inisiatif kerajaan  untuk membina projek-projek perumahan bagi membantu keluarga yang berpendapatan lebih rendah untuk  memiliki dan menikmati kediaman yang selesa. Sehubungan itu, kempen Nestlé EVERYDAY® menghulurkan sokongan dan keprihatinan melalui perkongsian pengetahuan dengan komuniti tersebut dan membantu mereka memupuk keluarga rakyat Malaysia yang lebih kuat dan sihat. Cara untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan menanamkan kesedaran di kalangan mereka tentang kepentingan susu dalam memenuhi 100% keperluan dan manfaat nutrisi.

Max Nutre 3Roadshow yang berlangsung sehingga akhir tahun meliputi karnival mini dengan stesen-stesen permainan, aktiviti sukaneka, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan ceramah komuniti mengenai kepentingan nutrisi yang berkisar tentang manfaat utama Nestlé EVERYDAY® untuk kesejahteraan keluarga yang akan menghasilkan kehidupan yang lebih seimbang.

Majlis pelancaran kempen tersebut yang diadakan bersama media pada hari ini di Ibu Pejabat Nestlé Malaysia di Mutiara Damansara termasuk sebuah sesi perkongsian tentang manfaat produk Nestlé EVERYDAY® yang mampu memenuhi sehingga 100% nutrien penting yang diperlukan oleh keluarga setiap hari, berbanding kandungan nutrien yang boleh diperolehi daripada pemakanan standard rakyat Malaysia.Acara tersebut turut menampilkan beberapa aktiviti utama yang dijalankan semasa Roadshow Keluarga Sihat & Ceria Bersama Nestlé EVERYDAY®. Sepanjang roadshow tersebut, peserta kanak-kanak yang telah menunjukkan prestasi baik untuk aktiviti mewarna telah dihadiahkan dengan aktiviti seharian yang menyeronokkan di KidZania, sebuah tarikan yang menyerupai persekitaran kerja sebenar dan membolehkan kanak-kanak mengalami sendiri kerjaya impian mereka.

Max Nutre 2Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia Milks berkata, “Kita sentiasa mencari cara yang berkesan untuk membekalkan khasiat kepada keluarga kita dengan cara yang tidak terlalu membebankan masa kita dan perbelanjaan isi rumah. Nestlé EVERYDAY® dengan MAX NUTRE™ sesuai untuk seisi keluarga dan memungkinkan anda mencapai sepenuhnya keperluan nutrisi harian dalam apa jua keadaan kehidupan anda. Ia merupakan cara yang bijak untuk membekalkan khasiat kepada diri dan keluarga anda, iaitu dengan memberikan nutrien harian yang penting untuk membina tubuh dan minda yang sihat. Kami bercita-cita untuk mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya nutrisi dan membantu mereka mencapai matlamat pengambilan nutrisi harian mereka.”

Untuk maklumat lanjut tentang Nestlé EVERYDAY® , sila layari www.Nestlé.com.my/brands/milk/EveryDay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *