(SEMASA) GSK membawa kanak-kanak dari Rumah Bakti membeli belah buat pertama kali di Mydin sempena kempen ‘Legakan Ramadhan bersama Panadol’

page

GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare, syarikat FMCH global terkemuka dalam segmen penjagaan kesihatan pemakanan dan OTC, dan pembuat Panadol, hari ini memberi keriangan kepada kanak-kanak dari Rumah Bakti Dato’ Harun menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menemani mereka membeli belah bersempena kempen ‘Legakan Ramadhan bersama Panadol’ di Pasaraya Mydin USJ (Mydin Hypermarket USJ).

Kanak-kanak dari Rumah Bakti Dato’ Harun yang berumur dari 8 hingga 12 tahun berasa sungguh girang apabila ditemani membeli belah pakaian Hari Raya di Pasaraya Mydin (Mydin Hypermarket) USJ. Acara ini merupakan pengalaman pertama kanak-kanak ini membeli  pakaian hari raya di gedung Mydin USJ. Sesudah seronok membeli belah, mereka dibawa berbuka puasa bersama-sama warga GSK Consumer Healthcare dan Mydin.

Kempen ‘Legakan Ramadhan Bersama Panadol’ anjuran GSK Consumer Healthcare membuka peluang kepada pengguna untuk membeli sambil beramal sepanjang bulan Ramadhan ini. Melalui setiap resit pembelian di Mydin yang bernilai RM50 bersama satu pek produk Panadol atau Panaflex atau PanaCool, sepasang pakaian Hari Raya serba baru akan didermakan atas sumbangan mulia Mydin kepada kanak-kanak Rumah Bakti Dato’ Harun.

Katharine Chen selaku Pengarah Pemasaran GSK Consumer Healthcare Sdn. Bhd. berkata “Kami amat berbesar hati kerana hasil sokongan para pengguna kami dapat bersama-sama menceriakan persediaan Hari Raya adik-adik tetamu khas di majlis ini. Kami di GSK akan terus melibatkan diri dalam kempen amal dan amat berharap kempen ‘Legakan Ramadhan Bersama Panadol’ akan mendapat sokongan yang berterusan daripada para pengguna.”

Menurut jurucakap Mydin, Pn. Sabariah bt. Hj. Mohd, Pengurus Besar Pemasaran & Penjenamaan Komunikasi berkata “Pihak Mydin berasa gembira dan juga berbesar hati untuk turut serta dalam acara ini bersama Panadol dalam menyumbang kembali kepada masyarakat di bulan Ramadhan yang mulia ini.”

Sepanjang tempoh kempen, pengguna GSK Consumer Healthcare turut berpeluang berkongsi “Coretan Ceria bersama Panadol” di laman sesawang Panadol http://www.panadol.com/my/ramadhan/coretan-ceria-ramadhan.html. Dengan pengumpulan coretan-coretan kreatif dari para pengguna yang memberikan sokongan padu, GSK Consumer Healthcare akan menaja sebuah rumah terbuka Hari Raya untuk meraikan anak-anak yatim. Rumah terbuka Hari Raya ini disasarkan berlangsung pada 16 Ogos 2014. Orang ramai boleh berkongsi coretan masing-masing melalui beberapa langkah mudah seperti di bawah.

panadol 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *