(SEMASA) MILO® dan Rakyat Malaysia Mengekalkan Khasiat Golongan Yang Kurang Berkemampuan  – 5,300 Bakul Sarapan disumbangkan kepada Benefisiari

milo1

Kuala Lumpur, Ogos 3, 2016:  MILO® mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai dan berjaya mencapai lebih daripada matlamat mereka untuk menyumbang 5,000 Bakul Sarapan Nestlé kepada lebih daripada 20 rumah kebajikan dan organisasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak melalui kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®.

milo3

“Sepanjang bulan Ramadhan, kempen MILO® ini menggalakkan semua warga negara untuk bersama berganding bahu dengan kami untuk memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan sokongan. Memandangkan sambutan yang diterima amat memberangsangkan kami berjaya melebihi sasaran kami dan telah menyumbangkan sebanyak 5,300 Bakul Sarapan Nestlé kepada rumah kebajikan dan organisasi yang terpilih. Kami berasa bangga, rendah hati dan berterima kasih kerana dapat menyaksikan semangat memberi yang kuat dalam kalangan masyarakat Malaysia,” kata April Wong, Pengurus Pemasaran MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Warga Malaysia telah menyumbang lebih daripada 50,000 mata dengan setiap pembelian produk MILO® dari pasar raya TESCO tertentu dan dari laman web Lazada. Setiap Bakul Sarapan Nestlé direka untuk memberikan bekalan sarapan pagi yang berkhasiat untuk seorang penerima selama sebulan. Bakul ini termasuk  paket serbuk MILO®, susu tepung Nestlé Everyday®, paket Nestum®, paket Bijirin Sarapan MILO®, dan paket MILO® UHT.

milo2

Menurut Kajian MyBreakfast oleh Persatuan Pemakanan Malaysia, kajian sarapan pagi komprehensif yang pertama di Malaysia melibatkan 8705 peserta di seluruh negara, 1 daripada 4 tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

“Melalui kajian ini bersama dengan usaha kami membantu masyarakat tempatan telah menimbulkan persoalan betapa begitu mencabarnya bagi golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapat rezeki yang mencukupi dalam kehidupan seharian mereka. Maka dengan kewujudan kempen ini, kami berhasrat supaya dapat memberikan perbezaan dalam kehidupan mereka yang memerlukan dengan membekalkan Sarapan pagi yang berkhasiat agar mereka dapat menerima tenaga yang mencukupi,” Wong mengulas.

Cher Siew Wei, Pengurus Korporat Wellness, Nestle (Malaysia) Berhad menjelaskan, “Secawan MILO bukan sahaja sesuai untuk diambil sebagai sarapan pagi, malah ia menjadi pelengkap sesuatu hidangan menyumbang kepada pemakanan yang seimbang untuk kanak kanak ini Ia mudah untuk diminum di waktu pagi, mengenyangkan dan membantu dalam membekalkan tenaga untuk memulakan hari mereka.”

  1. Morgun dari Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor mengucapkan terima kasih, “Kami amat bersyukur atas sokongan MILO® dan juga semua rakyat Malaysia, kerana telah memberikan kami sumbangan yang sangat berharga pada musim perayaan ini. Kami berasa amat rendah diri dan tersentuh apabila melihat mereka semua telah bersama-sama untuk membantu kami mengatasi cabaran dalam mengekalkan tanggungan kami. Setiap kanak-kanak yang menerima Bakul Sarapan Nestlé akan mendapat manfaat daripada pemakanan yang berkhasiat dan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari mereka. “

Pasukan MILO® turut melawat masyarakat tempatan di Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan di sekitar Lembah Klang untuk mencapai agenda kebajikan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.milo.com.my.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *