(SEMASA) Hot Wheels Bergabung dengan Art of Speed Malaysia dan Melancarkan Pencarian Global untuk Kereta Die-Cast Diinspirasikan Peminat

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 November 2020 – Peminat di seluruh Malaysia berpeluang untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama yang akan dikelolakan oleh Art of Speed. Penjelajahan digital ini akan dihoskan oleh Art of Speed Malaysia dan kereta Malaysia yang menang akan diumumkan secara langsung pada 12 November Malaysia 10.30 pagi GMT +8 / November 11 US 6.30 petang PDT, yang juga akan disiarkan di Facebook Hot Wheels secara langsung (www.facebook.com/HotWheels). Malaysia adalah tuan rumah di Asia yang dipilih sebagai hos acara ini.

TENTANG HOT WHEELS LEGENDS TOUR:

Hot Wheels Legends Tour 2019 adalah penjelajahan epik yang telah menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta, mendapat lebih daripada 5,000 penyertaan, 18 finalis dan 1 pemenang luar biasa! Tahun ini, acara ini akan berlangsung secara digital dan salah satu lokasi digital akan berada di Malaysia untuk mencari pemenang untuk Hot Wheels Legends Tour (Edisi Global). Kereta sebenar rekaan khas yang menjuarai pencarian ini akan dihasilkan sebagai model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran seluruh dunia.

Peminat, keluarga dan penggemar kereta boleh menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia dengan menghantar hasil binaan mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/, seterusnya peserta terbaik Malaysia akan disenarai pendek di lokasi maya yang disiarkan secara langsung. Mereka yang berminat untuk mengikuti acara ini, ia akan disiarkan secara LANGSUNG menerusi laman Facebook Hot Wheels yang dijadualkan pada 12 November 2020.

Finalis dari lokasi maya Hot wheels Legends Tour Malaysia akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada bulan November untuk merebut peluang bagi mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.

The Hot Wheels Legends Tour, yang kini masuk tahun ketiga penganjurannya, adalah pencarian global untuk kereta kustom buatan peminat yang seterusnya dijadikan mainan die-cast Hot Wheels. The Hot Wheels legends Tour Malaysia direalisasikan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia (hos tuan rumah), Shopee Malaysia (e-dagang) dan Toys “R” Us Malaysia (peruncit).

RINGKASAN:

Mulai 25 September sehingga 15 Oktober 2020, peminat telah mengirimkan foto dan video kenderaan binaan khas mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/ bagi membolehkan hasil reka bentuk mereka dipaparkan di Legends Tour/Lokasi maya dan siaran langsung

Selepas tarikh akhir penyertaan ditutup, seramai 67 penyertaan daripada Malaysia dan secara rasmi penyertaan telah ditutup. Para juri Legends Tour telah memilih 12 kenderaan terbaik yang akan ditampilkan pada 12 November dan akan dinilai secara LANGSUNG pada 10.30pagi GMT +8 / November 11 US 6.30PM PDT. Seterusnya, pemenang pertama Hot Wheels Legends Tour Malaysia akan diumumkan!

Sama seperti semua lokasi Legends Tour, para juri akan mengambil kira kreativiti, keaslian dan semangat garasi ketika memilih finalis dan pemenang. Dalam masa yang sama, sebahagian besar kenderaan adalah termasuk yang mewakili Hot Wheels dalam semua aspek budaya kereta.

PERTANDINGAN MAYA:

  • Penyertaan rasmi diterima dari 25 September sehingga 15 Oktober 2020 di pautan ini:

https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/

  • Peraturan rasmi boleh didapati di pautan ini:

http://onestore.hotwheels.com/Static/pdf/2020_Hot_Wheels_Legends_Tour_Contest_(Amended_and_Restated_Official_Rules).pdf

ACARA & MAKLUMAT SIARAN LANGSUNG :

Siaran LANGSUNG       :           Hot Wheels Legends Tour Malaysia Virtual Finale

12 Nov 10.30pagi MALAYSIA GMT +8 / 11 Nov 6.30petang US PDT

             www.facebook.com/HotWheels

 

Siaran LANGSUNG

E-dagang                     :           https://shopee.com.my/hotwheels.os

(Promo Istimewa)

            Nama Acara                  :           The 9th Annual Art of Speed Malaysia 2020

30 Disember 2020 – 3 Januari 2021 (5 Hari)

Masa                            :           Rabu & Khamis 10:00 pagi – 10:00 malam

                                    Jumaat, Sabtu & Ahad 10:00 pagi – 10:30 malam

Tempat                         :           1 Utama New Wing, Bandar Utama

MASUK PERCUMA kepada semua pelawat!

Untuk makluman lanjut mengenai acara ini, sila lawat laman web ini ; www.artofspeedmy.com or www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

TAMAT


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *