Tag: Die-Cast

(SEMASA) Hot Wheels Bergabung dengan Art of Speed Malaysia dan Melancarkan Pencarian Global untuk Kereta Die-Cast Diinspirasikan Peminat

KUALA LUMPUR, 9 November 2020 – Peminat di seluruh Malaysia berpeluang untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama yang akan dikelolakan oleh Art of Speed. Penjelajahan digital ini akan dihoskan oleh Art of Speed Malaysia dan kereta Malaysia yang menang akan diumumkan secara langsung pada 12 November Malaysia 10.30 pagi GMT +8 / November 11 US 6.30 petang PDT, yang juga akan disiarkan di Facebook Hot Wheels secara langsung (www.facebook.com/HotWheels). Malaysia adalah tuan rumah di Asia yang dipilih sebagai hos acara ini. Read more →