(SEMASA) Hot Wheels™ Legends Tour Malaysia 2023 bakal diadili Ketua Pereka Pembungkusan Global

Spread the love

Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 – Hot Wheels Legends Tour kembali lagi di Malaysia buat kali keempat dengan perkembangan baharu yang mengujakan! Buat julung kalinya, peserta pecinta kereta binaan sendiri (custom) akan dinilai secara langsung oleh Ketua Pereka Pembungkusan Hot Wheels Global, Matt Gabe pada Art of Speed 2023 ke-12. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam Legends Tour – iaitu acara pencarian kereta binaan sendiri di peringkat antarabangsa yang akan diterjemahkan semula dalam skala 1:64 sebagai kereta Hot Wheels bagi pasaran di 150 buah negara di seluruh dunia. Inilah masanya buat rakyat Malaysia menunjukkan karya binaan kereta masing-masing!

Dalam pada itu, di sebalik mengadakannya secara dalam talian seperti tahun-tahun sebelumnya, buat pertama kalinya penilaian pertandingan ini akan dilakukan secara fizikal dan peserta tegar Malaysia Hot Wheels Legends Tour 2023 akan diadili secara langsung di Art of Speed, di MAEPS Serdang. Peserta boleh membuat pendaftaran secara percuma di sini dan membawa kenderaan masing-masing di acara Art of Speed pada pukul 9 pagi pada 30 Julai 2023. Penilaian akan dilakukan bermula pukul 11 pagi sehingga 1 petang.

Pada hari yang sama, para juri akan memilih 10 kenderaan terbaik dan salah sebuah daripadanya akan diangkat sebagai juara untuk mewakili Malaysia di Global Semi-Final yang akan diadakan secara virtual pada November depan. Juara akan berentap bersama pemenang-pemenang daripada wilayah Asia Pasifik yang lain untuk dinobatkan sebagai Regional Fan Favourite dan merealisasikan impian melihat kereta binaan sendiri menjadi rekaan ikonik kereta mainan logam jenama ini.

Pertandingan itu nanti akan diadili oleh Matt Gabe bersama-sama juri jemputan, Alec Pender dan Dino Dalle Carbonare; penyumbang laman blog Speedhunters yang mempunyai pengalaman luas membuat liputan dalam industri automotif membabitkan kereta binaan sendiri; Pengasas Galeri Kereta, Aulia Rahman dan Raja Drift, Tengku Djan, yang akan membuat penampilan kali keempat di Legends Tour.

Setiap penyertaan akan dinilai pada keaslian rekaan, sejauh mana ia menggambarkan semangat Hot Wheels; kreativiti, rekaan yang menonjol berbanding yang lain, Semangat Garaj (Garage Spirit) serta keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta buatan khas bukan dibeli.

Tahun ini Hot Wheels akan mengadakan acara terbesarnya dengan menyediakan tiga ruangan pameran pada Art of Speed yang berlangsung selama dua (2) hari pada 29 dan 30 July. Dewan A akan menjadi ruang utama pameran kolaborasi Hot Wheels x Proton dan stesen buat pengumpul koleksi Hot Wheels untuk membuat pembelian. Dewan B pula akan menjadi ruang Konvensyen Koleksi Hot Wheels yang pertama di Asia Tenggara, di sini peminat boleh bertemu mesra dengan pereka Hot Wheels dan berbual mengenai perjalanan Hot Wheels sepanjang dekad dan menyertai acara lain termasuk bidaan secara langsung, pertandingan reka bina kereta mainan, perlawanan Hot Wheels, pameran dan aktivit dianjurkan oleh Hot Wheels Skate School. Bahagian parkir luar VIP pula adalah lokasi bagi Hot Wheels Legends Tour.

Terdahulu, kali pertama Hot Wheels Legends Tour diadakan adalah pada 2018 sempena ulangtahun ke-50 jenama itu. Ia bermula dengan 15 siri pameran kereta di Walmart di seluruh Amerika Syarikat dan permintaan serta minat yang meningkat sepanjang tahun telah mengangkat acara itu ke peringkat antarabangsa. Legends Tour pada tahun ini akan bertandang di negara-negara yang mengambil bahagian melibatkan keseluruhan lima benua. Peminat permotoran tempatan boleh menyertai peserta lain dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Indonesia, Filipina dan ramai lagi dalam persaingan ini untuk dinobatkan sebagai pemenang Hot Wheels Legends Tour winner!

Dalam meraikan kepelbagaian budaya permotoran ini, orang ramai boleh melihat produk Hot Wheels Legends Tour edisi terhad pada acara tersebut. Peminat boleh mereka khas pakaian, bag tote, botol air, cawan dan koleksi terhad kereta Legends Tour.

Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini sila layari www.artofspeed.com atau www.facebook.com/ArtOFSpeedMY/ .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *