Tag: Matt Gabe

(SEMASA) Hot Wheels™ Legends Tour Malaysia 2023 bakal diadili Ketua Pereka Pembungkusan Global

Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 – Hot Wheels Legends Tour kembali lagi di Malaysia buat kali keempat dengan perkembangan baharu yang mengujakan! Buat julung kalinya, peserta pecinta kereta binaan sendiri (custom) akan dinilai secara langsung oleh Ketua Pereka Pembungkusan Hot Wheels Global, Matt Gabe pada Art of Speed 2023 ke-12. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam Legends Tour – iaitu acara pencarian kereta binaan sendiri di peringkat antarabangsa yang akan diterjemahkan semula dalam skala 1:64 sebagai kereta Hot Wheels bagi pasaran di 150 buah negara di seluruh dunia. Inilah masanya buat rakyat Malaysia menunjukkan karya binaan kereta masing-masing! Read more →