(SEMASA) Ismahan dinobatkan sebagai MISS PINKLADY Yang Pertama

ARA DAMANSARA: Ismahan dinobatkan sebagai MISS PINKLADY Yang Pertama, pada acara kemuncak yang diadakan di Grand Hall Evolve Concept Mall Ara Damansara.

Ismahan berusia 23 tahun dari kuala lumpur menewaskan enam lagi finalis akhir iaitu Vivienna, Hafsa, Fifi, Adeline, Nashra dan Shazrene. Mahkota kemenangan disampaikan oleh Mentor dan host rancangan iaitu sunshine Aileen Devi Eric yang dikenali sebagai Sunshine. Dengan kemenangan itu, Ismahan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan hadiah sampingan bernilai RM5,000. Selain itu, beliau juga turut memenangi kategori “miss most talented”

Tempat kedua dimenangi oleh Vivienna, manakala Hafsa di tempat ketiga. Hafsa memenangi kategori Miss Social Media, yang ditentukan daripada undian dan supporter peminat melalui laman web, dan social media Miss Pinklady.

Sementara itu, seorang lagi peserta Afi, 19, dinobatkan sebagai Miss Personality. Pemilihan kategori ini dilakukan menerusi rancangan miss pinklady. Best evening gown dimenangi oleh Alana, 17, Best Catwalk pula dimenangi oleh fifi dari pulau pinang, dan akhir sekali Miss Photogenic dimenangi oleh Nashra.

Hos rancangan selaku mentor program Miss Pinklady Sunshine sebagai pengacara majlis pada malam finale, dimulakan dengan pengenalan kesemua top 12 miss pinklady, diikuti persembahan bakat setiap peserta, kemudian kesemua peserta memperagakan evening gown dari beberapa designer Malaysia. Dan diakhiri dengan sesi soal jawap oleh juri-juri bagi menguji minda 7 finalis akhir.

Turut diserikan pada malam kemuncak, persembahan khas dari penyanyi ratu rock Malaysia Ella dan Aliff Aziz, artis-artis lain juga turut bersama memberi sokongan pada program ini.

8 Juri proffesional yang turut memberi markah kepada peserta-peserta miss pinklady 2018 antaranya, Bon Zainal, Ridzuan Bohari, Dato Tiffanee Marie Lim, Sazzy Falak, Lila Majnun, Zahnita Wilson, Ashu, Kiffy Razak, dan Samantha Katie James.

Mengulas kemenangannya, Ismahan mengakui terkejut dengan keputusan itu.
“Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai Pemenang Miss Pinklady musim pertama. ia menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya. Diberi peluang untuk bersaing dengan semua finalis pada peringkat akhir adalah satu penghormatan yang cukup besar buat saya. Mereka semua pesaing yang sangat berbakat dan cantik-cantik belaka.

“Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini, pengalaman yang cukup berharga ini secara tidak langsung memberikan impak kepada personaliti saya secara peribadi. “Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Miss Pinklady dan iCube Studio atas kepercayaan yang diberikan untuk terbabit dalam program Miss Pinklady 2018. Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program ini. Tidak dilupakan kepada juri, pihak penaja, keluarga, peminat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini,” katanya.

CEO HEIDI EMPIRE TRADING, En Heidi Syafiq, berkata pihaknya amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terbabit dalam program misspinklady ini, dan turut berterima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program miss pinklady musim pertama. Di kesempatan ini juga HEIDI EMPIRE TRADING mengumumkan program miss pinklady musim kedua “go to asia” akan dijalankan selepas kejayaan program ini pada musim pertama, dan kini akan melebarkan ke 4 negara iaitu Thailand, Philiphine, Indonesia dan Malaysia, Program pencarian model reality online asia yang pertama di Malaysia. Siaran miss pinklady season 2 akan mula mencari model-model berbakat bermula Julai ini.

PINKLADY PL PUERARIA MIRIFICA bermula sebagai impian untuk menjadi salah satu produk kesihatan pilihan wanita di Malaysia. Untuk merealisasikan visi ini, pihak syarikat, HEIDI EMPIRE, memastikan produk ini dikeluarkan mengikut standard pengilangan GMP, kandungan bahan yang berkualiti dan selamat serta mematuhi peraturan peraturan pihak farmasitiukel negara.

Melihat program ini sebagai satu segmen untuk brand positioning di dalam negara dan juga sebagai batu loncatan untuk membina nama di luar negara, HEIDI EMPIRE mahu membuktikan syarikat anak Malaysia boleh di kenali di pasaran luar negara. Tidak hanya menyasarkan produk kesihatan, pihak company mahu jenama PINKLADY di luaskan kepada pasaran wanita yang merangkumi womenswear dan pilihan beauty products.

En Mohamad Hafiz dari iCUBE STUDIO selaku pengarah program MissPinklady berkata “Peserta dinilai bukan saja dari paras rupa, malah menerusi setiap cabaran yang diberi. Setiap markah akan dikumpulkan dan peserta yang mempunyai markah yang terendah akan disingkirkan pada setiap minggu tayangan. Setelah dinilai hanya 7 orang yang mara ke peringkat akhir miss pinklady. Finalis akhir miss pinklady adalah Ismahan, Hafsa, Vivienna, Shazrene, Fifi dan Adeline. 5 peserta lain adalah Ling,Alana,Afie,Sakinah dan Tasha, setiap episode ditayangkan secara LIVE streaming pada setiap hari Sabtu Jam 9 Malam bermula 1 Disember 2018 dan berakhir pada 23 February 2019 untuk episode ke 13.

Tayangan Miss Pinklady musim pertama boleh ditonton di laman web rasmi www.pinklady.tv dan youtube Miss Pinklady. Saksikan kesemua episode dari episode 1 sehingga episode 13. Follow Instagram dan facebook miss pinklady @misspinklady.tv untuk perkembangan terbaru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *