(SEMASA) Kempen CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP & MYDIN’ Capai Sasaran, Sediakan Lebih 400 Orang Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik Dengan Kelengkapan Persekolahan yang Baru

Spread the love

TOP_004_2_1

Meru, 22 Disember 2015 – Program tanggungjawab korporat sosial (CSR) ‘Cerahi Kehidupan Bersama  TOP & MYDIN’ dilihat telah berjaya mencapai sasarannya dalam pengumpulan dana kebajikan yang berjumlah RM40,000 demi menyediakan kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam, kasut, stokin dan beg kepada 400 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari 18 rumah kebajikan di seluruh negara.

TOP_003_2_1

Tambahan dana sebanyak lebih daripada RM10,000 berjaya dikumpul dan dapat menampung seramai 40 orang anak – anak yatim dari dua buah rumah anak – anak yatim menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 440 anak – anak yatim dari 20 buah rumah anak – anak yatim.

TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia[1] telah bekerjasama dengan MYDIN untuk menjalankan kempen pengumpulan dana kebajikan itu mulai 12 Oktober hinga 13 Disember 2015. Kempen tersebut menyaksikan 30 sen daripada jualan produk-produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara disalurkan untuk membeli keperluan kembali ke sekolah. Ini bagi membolehkan kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun dari rumah-rumah kebajikan untuk menyambung pelajaran mereka.

Jenama ini bertungkus-lumus untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam kempen pengumpulan dana tersebut menerusi satu siri jelajah di semua cawangan MYDIN di seluruh negara. Kempen itu ternyata sekali menerima sokongan yang hangat daripada para pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Dato’ Hajjah Rusnah Bt Kassim ditemani oleh Timbalan Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., Edward Liew; Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo dan En. Nantha Kumar A/L Sondaram, Pengurus Daerah Utama, MYDIN, ketika menyampaikan kelengkapan sekolah kepada 20 orang kanak-kanak daripada Rumah Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dan Praise Home ketika penutupan kempen tersebut di MYDIN Meru Jaya, Ipoh di sini, hari ini.

 TOP_002_2_1

Wakil-wakil dari rumah kebajikan Rumah Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dan Praise Home turut hadir untuk menerima kelengkapan persekolahan yang dibeli menggunakan dana tambahan yang berjaya dikumpul itu.

Kanak-kanak itu tersenyum gembira selepas memakai pakaian sekolah baharu pada majlis penutupan kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’.

Memahami bahawa pakaian bersih yang sering dipandang ringan oleh kebanyakan daripada kita mungkin di luar jangkauan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia telah menganjurkan kempen pengumpulan dana kebajikan ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’.

Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran dan penyertaan aktiviti mereka di sekolah dengan cara memberikan sokongan sewajarnya dalam mendapatkan pendidikan. Di samping menyediakan keperluan sekolah dan pakaian seragam seperti pelajar lain. Ini pasti dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri, selain mengajar mereka tentang kemahiran hidup seperti membasuh pakaian serta memiliki penampilan yang bersih dan kemas.

Yang Berhormat Dato’ Hajjah Rusnah Bt Kassim memuji TOP, MYDIN, rakan niaga dan para pelanggan kerana menjalankan tanggungjawab sosial demi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukannya. Usaha ini ternyata adalah sebahagian daripada proses untuk menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan saling sayang menyayangi.

“TOP dan MYDIN tampil untuk membantu kanak-kanak ini dalam cara yang begitu bermakna. Mereka mengenal pasti keperluan dan menyediakan sokongan sewajarnya kerana tempoh persekolahan cukup penting dalam hidup kanak-kanak ini.  Kita yang hidup serba lengkap mungkin tidak faham keseronokan yang dirasai oleh kanak-kanak ini apabila menerima keperluan persekolahan yang baru. Ia boleh menjadi pendorong utama untuk mereka, kerana sumbangan ini pasti dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri demi mencapai kejayaan dalam pelajaran,” kata Dato’ Hajjah Rusnah Bt Kassim.

TOP yang dibangunkan oleh LION Corporation Japan cukup dikenali kerana sentiasa mengutamakan konsep kehidupan bersih menyeluruh. Ia menggalakkan cucian yang lebih bersih, selesa dan kehidupan lebih baik menerusi inovasi berterusan teknologi termaju Jepun.

TOP telah mengubah industri produk pencuci di Malaysia menerusi pelbagai teknologi inovatif dan pengenalan konsep-konsep gaya hidup sejak bertahun-tahun lamanya. Selaku peneraju dalam industri serbuk pencuci, TOP komited untuk menyumbang kembali kepada msyarakat dan membantu mereka yang memerlukannya.

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan bahawa kempen ini menerima sokongan padu daripada para pengguna yang sentiasa menyokong demi menjayakan program CSR tersebut.

“Pada awalnya, sasaran kami adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM40,000. Tetapi kami sangat gembira apabila dana yang terkumpul akhirnya mencecah lebih daripada RM50,000. Jadi, kami mengambil keputusan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan kepada lebih kanak-kanak daripada dua lagi rumah kebajikan dengan tambahan dana tersebut.

“TOP dipacu oleh semangat inovasi. Sudah menjadi komitmen kami untuk menjadikan gaya hidup yang bersih menyeluruh boleh dinikmati oleh semua orang. Ketika membangunkan kempen ini, kami tidak pernah terfikir maklum balas yang akan diterima begitu memberangsangkan. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjayakan kempen ini,” kata Foo.

TOP_001_2_1

“Ini merupakan satu hadiah menggembirakan yang boleh kita berikan kepada diri sendiri dan keluarga. Dengan membeli produk-produk TOP, kita juga boleh membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini memperoleh masa depan yang lebih cerah dengan memperkenalkan amalan kehidupan bersih menyeluruh sejak kecil lagi, disamping memberikan mereka kebanggaan dengan penampilan diri masing-masing.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kami, MYDIN dan semua pelanggan TOP yang telah menyokong kempen ini.  Melalui kerjasama ini, kami mungkin telah membuat perubahan signifikan ke dalam hidup 400 orang kanak-kanak dengan memberi motivasi kepada mereka untuk pergi ke sekolah. Seterusnya, belajar bersungguh-sungguh melalui sumbangan peralatan persekolahan ini,” jelas beliau lagi.

Senarai 20 rumah kebajikan adalah seperti berikut:-

  Perak
1. Praise Home
2. Rumah Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah
3. Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman
4. Vision Home
  Negeri Sembilan
5. Rumah Anak Yatim Miskin Murad Foundation
6. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan
  Pulau Pinang
7. Shammah Homes
8. Penang Shan
  Terengganu
9. Rumah Anak Yatim Al – Hijrah
10. Rumah Anak Yatim Darul Falah
  Selangor
11. Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
12. Rumah Kids
  Kedah
13. Rumah Kanak-Kanak Darul Aitam
14. Sunshine Cottage Welfare Society
  Johor
15. Berkat Children’s Home
16. Rumah Barkat
  Kelantan
17. Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih
18. Rumah Anak – Anak Yatim Salimah (Rays)
  Melaka
19. Rumah Anak Yatim/Miskin Islam Sekolah Ugama Paya Rumput
20. Sri Ramakrishna Ashram

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

[1] Based on Retail Index Service for Detergent category for 12 months ending November 2015 in Malaysia (Copyright © 2015, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *