(SEMASA) Pengertian Zakat Dan Hak Penerima Zakat

Spread the love

10492278_733012336740189_2569212206695738672_n99PENGERTIAN ZAKAT

DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”. Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

12301471_999674196740667_7199419035312438826_n

DARI SEGI SYARAK

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

 

Zakat terbagi menjadi dua macam yaituzakat fitrah dan zakat maal. Adapun penjelasannya yakni sebagai berikut :

Zakat Fitrah

Zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim menjelang hari kemenangan yaitu hari raya Idul Fitri pada bulan suci Ramadhan. Ukuran zakat yang dikeluarkan yaitu 2,5 kg dan berupa makanan pokok yang ada di daerahnya masing-masing, seperti beras, sagu, gandum, kurma dan lainnya. Menurut Imam Syafi’iyah ukuran zakat fitrah yakni :

1 sha’ : 2 Qodah Mesir

1 sha’ : 4 Mud

1 mud :1⅓ kati Baghdad

1 kati : 128 4/7 Dirham

1 Dirham : 4 gram

Jadi jumlah 1 sha’ sama dengan 2,743 Kg

Zakat Maal (Harta)

Yakni zakat harta kekayaan yang dikeluarkan oleh setiap muslim. Zakat Harta yang merangkumi, zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat saham, zakat KWSP, zakat pertanian, zakat ternakan dan zakat wang simpanan. Dan kesemua harta itu memiliki hitungan masing-masing. Adapun syarat dikeluarkannya zakat adalah telah mencukupi haul atau mencapai satu tahun kecuali harta pertanian seperti buah-buahan atau harta temuan, itu tidak harus menunggu hingga satu tahun.12311292_1002127266495360_3307618962551517496_n

Mustahiq Zakat

Wang Zakat diagihkan kepada 8 Asnaf (penerima zakat) sepertimana firman Allah di dalam surah At Taubah (ayat 60).

Ada 8 asnaf zakat iaitu:

  1. Asnaf Fakir

Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

  1. Asnaf Miskin

Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

  1. Asnaf Amil

`Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

  1. Asnaf Muallaf

Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

  1. Asnaf Riqab

Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

  1. Asnaf Gharimin

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  1. Asnaf Fisabilillah

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

  1. Asnaf Ibnu Sabil

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.

12118954_982048218503265_3215593583192874802_nKemudahan Yang Disediakan

PPZ-MAIWP telah melakukan inisiatif bagi memudahkan masyarakat melaksanakan tanggungjawab berzakat melalui:

Portal www.zakat.com.my

  • Kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam)
  • Boleh membuat TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT

Aplikasi i-zakat

  • Boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store
  • Menyediakan kemudahan TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT

Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

  • Wisma PPZ, Tmn Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah, Lrg Hj Hussien 2 Kg Bharu
  • Masjid Negara, Jalan Perdana KL
  • Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
  • Presint 9, Putrajaya
  • Presint Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid At Taqwa, TTDI
  • Masjid Abd Raman B Auf, Jalan Puchong
  • Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
  • UTC Pudu Sentral
  • Labuan Times Square

Waktu Operasi Kaunter

  • Isnin – Khamis (8:15 a.m. – 4:45 p.m.)
  • Jumaat (8:15 a.m. – 12:30 p.m.) (2:30 p.m. – 4:45 p.m.)
  • Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
  • UTC Sentral Pudu – 8.15 pagi – 10.00 malam
  • Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember

Perbankan Internet

Boleh membuat bayaran melalui perbankan Internet di 13 buah bank yang dilantik
1. www.maybank2u.com.my
2. www.rhb.com.my
3. www.bankislam.biz
4. www.cimbclick.com.my
5. www.ambg.com.my
6. www.hsbc.com.my
7. www.publicbank.com.my
8. www.standardchartered.com.my
9. www.irakyat.com.my
10. www.ocbc.com.my
11. www.affinonline.com.my
12. www.hlisb.com.my
13. www.kfh.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *