(SEMASA) LEGO® MEMBAWA MASTERS OF SPINJITSU KE SUNWAY PYRAMID

Spread the love

PETALING JAYA, 19 SEPTEMBER 2017 – Peminat LEGO®NINJAGO® kini bersedia untuk pengembaraan sempena  tayangan filem ‘The LEGO® NINJAGO® MovieTM‘. Filem susulan kepada ‘The LEGO® Movie’ dan ‘The LEGO® Batman Movie’ menjanjikan  gabungan elemen meta-humor dan aksi LEGO yang menyeronokkan.Sempena tayangan perdana itu, LEGO Malaysia menyajikan peminat ‘Masters of Spinjitsu’ dengan membawa watak-watak filem saiz sebenar menerusi acara ‘The LEGO® NINJAGO® Challenge’.

Butiran Acara ‘The LEGO® NINJAGO® Challenge’ adalah seperti berikut:

  • Lokaso: LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid
  • Tarikh: Jumaat, 15 September – Ahad, 24 September 2017

Peminat tegar LEGO® dan NINJAGO® disajikan dengan aktiviti hebat di Sunway Pyramid seperti berikut:

Acara ‘THE LEGO® NINJAGO® Challenge’:

‘THE LEGO® NINJAGO® Challenge’ adalah di mana peminat akan berlawan dengan tentera Lord Garmadon di tiga medan pertempuran yang berbeza iaitu dojo, jitsu dan kawasan mech. Setiap kawasan akan menguji semangat ninja berbeza yang diperlukan bagi seseorang untuk menjadi ninja sepenuhnya – keberanian, ketabahan, dan kerja berpasukan. Setelah berjaya melengkapkan semua tiga cabaran itu, peminat akan mara ke peringkat seterusnya untuk mereka cipta sendiri LEGO® NINJAGO® Minifigure Avatar yang boleh dibawa pulang dengan sebarang pembelian LEGO®.

 

Peluang bergambar dengan LEGO® Ninja Kai, Llyod and Jay!

Rakamkan memori dan pengalaman anda melalui peluang bergambar dengan maskot LEGO® NINJAGO® iaitu Kai, Jay dan  Llyod. Ninja Kai, Jay dan Llyod akan bergilir-gilir menemui peminat pada hari Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum*.

Cenderahati eksklusif LEGO® NINJAGO® Movie dan promosi set permainan

Peminat juga boleh mendapatkan set permainan The LEGO® NINJAGO® MOVIETM yang baharu dilancarkan dan menikmati pelbagai promosi bagi set LEGO® kegemaran mereka.

Acara ‘THE LEGO® NINJAGO®’  di Sunway Pyramid akan bermula pada Jumaat, 15 September 2017 hingga Ahad, 24 September 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan set permainan The LEGO® NINJAGO® MOVIETM yang baru dilancar, sila layari Facebook LEGO® Malaysia, www.facebook.com/legomalaysia.official. The LEGO® NINJAGO® MOVIETM akan dilancarkan pada Khamis, 21 September 2017. Tontoni trailer yang lucu dan pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai The LEGO® NINJAGO® MOVIETM menerusi laman rasmi Facebook 20th Century Fox Malaysia www.facebook.com/foxmovies.my. Peminat boleh berkongsi pengalaman mereka berkaitan The LEGO® NINJAGO® MOVIETM dengan menggunakan hashtag #NINJAGOChallenge dan #LEGOMY

 

*Ninjas Kai, Jay dan Llyod akan mengambil giliran untuk menyertai para peminat pada Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum di  Blue Concourse, Sunway Pyramid. Mereka akan membuat penampilan pada:

  • 15 September 2017 – 18 September 2017
  • 22 September 2017 – 24 September 2017

 

**Peminat boleh menikmati promosi berikut yang menawarkan cenderahati menarik:

  • Dapatkan LEGO® NINJAGO® Master Training Ground dengan setiap pembelian set The LEGO® NINJAGO® MOVIE yang baru dilancarkan bernilai RM 99 dan ke atas
  • Empat (4) tiket tayangan khas yang didatangkan dengan empat (4) set bertih jagung dan minuman, berserta satu set LEGO® NINJAGO® Master Training Ground dengan pembelian set The LEGO® NINJAGO® MOVIE  yang baru dilancarkan bernilai RM 349 dan ke atas
  • Tawaran awal eksklusif melibatkan dua (2) tiket LEGOLAND® Malaysia Resort bernilai RM 490, empat (4) tiket filem perdana didatangkan dengan empat (4) set bertih jagung dan minuman berserta satu set LEGO® NINJAGO® Master Training Ground  dengan pembelian produk LEGO® bernilai RM 899 dan ke atas.

 

Di samping itu, peminat LEGO® dan NINJAGO® boleh mengikuti acara ‘THE LEGO® NINJAGO® Challenge’ yang akan juga berlangsung di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang dengan aktiviti yang sama Banyak cenderahati menunggu untuk dibawa pulang ke rumah. Para peminat dapat menikmati aktiviti -aktiviti menarik di acara tersebut dari 29 September 2017 hingga 8 Oktober 2017. Layari http://lego.build/myNINJAGOChallengePenang untuk maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *