(SEMASA) OHH! MERIAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL

KLC_8834editKUALA LUMPUR, 4 Jun 2016 – JAKEL Trading Sdn. Bhd. telah mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan dan mempromosi koleksi baju raya terbaru yang bakal berada di seluruh cawangan JAKEL seluruh Malaysia pada tahun ini.

IMG_20160518_221624Pengarah Urusan JAKEL Trading Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah mengumumkan pelantikan baru empat lagi selebriti tanahair yang menjadi duta kepada rangkaian koleksi baju melayu, baju lrurung dan jubah pada tahun ini. Jakel secara rasminya telah melantik Jep Sepahtu sebagai wajah raya JAKEL untuk Koleksi Jubah Terawih Sepahtu, Awal Ashaari dan Scha AI- Yahya serta Lara Alana di bawah label Koleksi Schawalara X JAKEL.

IMG_20160518_222617

Turut memeriahkan lagi kemp en raya pada tahun ini adalah pengacara terkenal Datuk AC Mizal dan selebriti muda Ayda Jebat bagi menghiasi wajah raya JAKEL. Disamping mengekalkan Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu di bawah label “Aaron Aziz by Jakel” dan “Baju Melayu Nabil Ahmad” beserta Upin Ipin pada tahun ini.

IMG_20160518_222116Menurut Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, pemilihan Jep Sepahtu, Schawalara, dan Datuk AC Mizal serta Ayda Jebat sebagai duta baru JAKEL adalah berdasarkan personaliti yang menarik selain mempunyai bilangan peminat yang ramai dilihat bertepatan dengan konsep pemakaian baju melayu serta baju kurung seisi keluarga. Jakel menjangkakan koleksi ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh JAKEL.

13301264_1214318188601416_4211954331754829189_oBaju Melayu Moden

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak, Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan wama. Rekaan terbaru khas 2016 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan rnerah ci1i.

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. lni kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Jep Sepahtu dan Baju Melayu Datuk AC Mizal untuk memeriahkan lagi kemp en jualan raya pada tahun ini.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai sampin dan butang baju meJayu dengan setiap pembelian baju melayu.

IMG_20160518_222333

Koleksi Jubah Tarawih

Koleksi jubah terawih di bawah label Jep Sepahtu ini adalah keluaran terbaru dan terkini JAKEL dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana jubah mempunyai keistimewaan yang tersendiri bagi pengemamya. Setiap koleksi jubah yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi Jubah Tarawih Jep Sepabtu ini menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. JAKEL juga mengeluarkan koleksi jubah dibawah label Aaron Aziz dan Nabil Ahmad untuk peminat-peminat mereka di luar sana. Setiap koleksi jubah yang dihasilkan mempunyai lebih 100 wama bagi setiap rekaan jubah.

Baju Kurung & Pakaian Kanak-kanak

JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita. Koleksi kali ini, JAKEL menampilkan rekaan yang lebih elegan dan segar. Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual pada harga serendah dari RM 59 ini juga diberi percuma sam ping dan butang baju melayu.

13268423_1212913235408578_5768184172927522396_o

Manakala bagi Rozita Che Wan merupakan ikon pada pada keseluruhan produk JAKEL. JAKEL merupakan pusat membeli-belah dibawah satu bumbung yang membolehkan pelanggan membeli pakaian dan pada masa yang sarna juga mereka boleh membeli barang perhiasan rumah.

Koleksi Schawalara X JAKEL

13305240_1211564712210097_8558885507542875060_o

a) Scha AI-YabyaX JAKEL

JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung dan Jubah Dress di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. lni kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha AI-Yahya X JAKEL ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

13350289_1215095901856978_4123458419500339601_o

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keJuarga dan sahabat bandai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya X JAKEL didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL

Jubah dress pula diilhamkan untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Dengan potongan seperti “dress” ia memberikan effect “maxi dress” tetapi masih lagi menekankan unsur muslimah. Ia tampil dengan pelbagai corak dan kemasan supaya ia boleh digunakan ketika hendak berterawih di bulan puasa, menghadiri majlis berbuka puasa ataupun boleh digunakan di hari Raya.

IMG_20160518_221718

b) Awal Asbaari X JAKEL

Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label AA- Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motifwarna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu untuk set Baju Melayu dari serendah RM 199 sepasang dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu.

13316789_1218818191484749_1632251178323441800_o

Jubah yang dikeluarkan dengan kerjasama Awal Ashaari dan JAKEL juga menampilkan kerapian pada jahitan dan kekemasan pada bahagian leher. Rekaan jubah ini juga disertakan dengan poket di bahagian hadapan dan juga di sisi bahagian kiri jubah bagi memudahkan si pemakai menyimpan barang seperti duit dan telefon bimbit. Untuk menambahkan gaya pada si pemakai jubah, Ia didatangkan juga dengan “pochette” dwi bentuk untuk si pemakai tampil dengan dua stail yang berbeza. Logo AA dibahagian sisi “hidden pocket” memberikan penjenamaan Awal Ashaari pada jubah ini.

13317039_1214969071869661_4493930157537701150_o

c) Lara Alana X JAKEL

Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga menampilkan si kecil Lara Alana sebagai wajah baru untuk raya tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak­ kanak perempuan Lara Alana X JAKEL. Lara merupakan kanak-kanak pertama yang mengetengahkan koleberasi bersama Jenama tekstil terkemuka di Malaysia, JAKEL. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman so sial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana.

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 10 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pad a baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.

Bagi sesi promosi kali ini, JAKEL Mall Kuala Lumpur telah memberikan 500 pasang baju melayu secara percuma kepada 500 orang pengunjung yang terawal. JAKEL Trading Sdn Bhd juga akan meneruskan lagi sesi promosi bersama dengan Duta Raya JAKEL ke cawangan JAKEL lain seperti JAKEL Shah Alam, JAKEL Johor Bahru, JAKEL Sabah, dan JAKEL Sg.Petani sebelum berakhir di JAKEL Alor Setar pada 2 Julai 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *