(SEMASA) PIZA KEGEMARAN UNTUK SEMUA DENGAN 4 FOR ALL DARI PIZZA HUT

Spread the love

Pic 1

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2015 – Pizza Hut Malaysia memberi peluang kepada semua penggemar piza untuk menikmati nilai hebat dengan pelbagai pilihan piza untuk dimakan bersama-sama melalui promosi terbarunya – 4 For All.

Pic 4

Dengan slogan “Sebarang Inti, Sebarang Kerak”, promosi 4 For All menampilkan pilihan empat piza bersaiz personal yang mana pelanggan boleh memilih pelbagai jenis topping piza dari rangkaian Family Favourites dan juga kerak dari pilihan Pan atau Hand-Stretched, dengan kesemuanya berharga hanya RM36.00 (daripada RM9.00 setiap satu)! Pelanggan juga boleh menukar kepada topping dari rangkaian Supremes dan kerak jenis Stuffed Crust (dengan caj tambahan minima).

Pic 5

“Pizza Hut memang terkenal dengan pelbagai pilihan inti dan kerak. Promosi 4 For All ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih piza yang paling digemari dari senarai piza kami pada harga yang sungguh menakjubkan. Jadi setiap orang berpeluang menikmati piza kegemaran mereka!” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

Pic 3

“Kami berbangga kerana dapat memberikan ‘kebebasan’ kepada pelanggan untuk memilih piza kegemaran mereka dan pada masa yang sama bersama-sama menikmati kelazatannya bersama-sama rakan taulan mahupun keluarga,” katanya.

Promosi 4 For All ini boleh didapati melalui makan di restoran, khidmat bawa pulang dan juga penghantaran. Pelanggan boleh memilih untuk memesan hidangan tambahan istimewa pada harga yang amat berpatutan. Bagi pelanggan yang memilih untuk makan di restoran, mereka juga boleh memesan dua piza bersaiz personal pada harga hanya RM18.00.

Pic 2

Strategi pengiklanan untuk promosi 4 For All termasuk siaran TV, Radio, dan YouTube, pengumuman melalui media sosial, akhbar, titik bahan jualan (POSM) serta risalah – untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Bagi pengguna Instagram dan Facebook, anda boleh hashtag #4ForALL untuk melihat dan juga berkongsi foto mengenai promosi ini. Pizza Hut 4 For All ini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di seluruh negara untuk tempoh yang terhad, dari 4 Ogos hingga hujung September 2015.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *