(SEMASA) Samsonite Malaysia bekerjasama dengan Kloth Cares untuk membawa kesedaran kitar semula ke satu tahap yang lebih tinggi

Spread the love

 
KUALA LUMPUR, 13 May 2019 – Industri pakaian merupakan punca pencemaran kedua terbesar selepas minyak dan gas, dengan sisa tekstil di Malaysia dijangka menjangkau sebanyak 4% daripada jumlah perbandaran sisa pepejal yang bersamaan dengan 2,000 jumlah metrik tan atau dua juta kilogram sehari. Kadar kitar semula di Malaysia kini mencecah tahap 24% dengan jangkaan mencapai sebanyak 30% pada tahun 2030.

 
Samsonite, jenama pengeluar bagasi terbesar dan paling dikenali serata dunia, telah mengambil manfaat daripada kempen Luggage Trade-In baru-baru ini dan membawanya ke satu tahap yang lebih tinggi dengan bekerjasama dengan Kloth Cares, sebuah pergerakan keusahawanan sosial di Malaysia yang berdedikasi untuk usaha Keep Fabrics Out of Landfills melalui inisiatif penggunaan semula, pengitaran semula dan pembuatan semula.
 
Samsonite adalah sebuah syarikat pengeluar bagasi yang pertama di Malaysia mengungguli amalan kitar semula yang berinisiatif untuk meningkatkan kesedaran terhadap keprihatinan terhadap alam sekitar. Selain menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengitar semula, langkah ini adalah untuk menyebarkan sifat kasih kepada persekitaran dengan melangkah ke hadapan menuju ke arah inisiatif yang hijau.
 
Semasa kempen Luggage Trade-In baru-baru ini, Samsonite telah berjaya mengumpul lebih daripada 100 buah bagasi terpakai, yang akan diberikan kepada Kloth Cares untuk dikitar semula atau sekiranya bagasi tersebut masih dalam keadaan yang baik maka ianya akan diubahsuai serta didermakan kepada para komuniti liputan perkhidmatan yang memerlukan seperti Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) dan Rumah Kebajikan Untuk Orang Kurang Upaya Sunteck.
 
“Samsonite sangat komited dalam mengamalkan penggabungan mampan kepada produk inovatif serta membawa impak yang positif kepada komuniti. Akhirnya, kami bertemu dengan seorang rakan kongsi iaitu Kloth Cares untuk membantu kami mengitar semula bagasi terpakai. Kami juga ingin memberi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan dan kami berharap ianya akan memberi motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membawa pengitaran semula ke satu tahap yang lebih baik Kami akan terus melebarkan inisiatif kesedaran kitar semula ini ke seluruh negara dengan bekerjasama dengan Kloth Cares dan organisasi yang lain,” kata Ambert Khoo, Pengurus Besar di Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.
 
Secara dasarnya, Kloth Cares mengumpul lebih daripada 500,000 ton fabrik setiap hari di Malaysia, yang merangkumi lebih daripada 85,000kg fabrik cerca, bag serta permainan yang dikumpul melalui inisiatif sedia ada bersama dengan rakan kongsi mereka.
 
 
“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Samsonite Malaysia dalam membantu mereka mencapai inisiatif yang mulia untuk galakan pengitaran alam sekitar melalui inisiatif seperti kempen Samsonite Luggage Trade-In baru-baru ini, yang selaras dengan Kempen Kloth Cares 188 Pengitaran Semula Fabrik.” Kata Nik Suzila Nik Hassan, Pengasas Bersama Kloth Cares.
 
“Bagasi yang tidak boleh dibaiki dan digunakan akan diasingkan manakala bahan plastik akan dihantar ke tempat pengitaran plastik; fabrik yang tidak boleh diperbaiki pula diproses untuk dijadikan bahan api. Fabrik daripada bagasi Samsonite yang mempunyai tekstur yang sesuai akan digunakan untuk kegunaan dinding deria sentuh autisme yang diusahakan di bawah projek komuniti sosial Kloth Cares.” tambah Suzy.
.
Dengan tujuan untuk mempromosikan produk bahan mesra alam dalam pasaran, Samsonite baru-baru ini memperkenalkan Koleksi Eko Terbaru untuk pasaran Asia. Antaranya adalah SPARK SNG ECO, OCTO ECO and MARCUS ECO yang kini boleh didapati di Malaysia serta ianya diperbuat daripada Recyclex™ – satu teknologi fabrik yang inovatif dan lebih maju menggunakan bahan kitar semula iaitu botol (PET).
 
Kempen Samsonite Luggage Trade-In telah diadakan pada 1hb Mac hingga 14hb April 2019, dengan kerjasama bersama WWF-Malaysia bertujuan untuk menyokong kempen Earth Hour yang dikelolai oleh WWF

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *