(SUKAN) BANK SIMPANAN NASIONAL MUNCUL JUARA DI KEJOHANAN BADMINTON ANTARA INSTITUSI KEWANGAN 2017 SULUNG CTOS

Spread the love

 

KUALA LUMPUR, 15 Mei, 2017 – Perlawanan Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan sulung telah berlangsung baru-baru ini di Sports Arena Sentosa. Dianjurkan oleh CTOS Data Systems, Agensi Pelaporan Kredit paling terkemuka di Malaysia, kejohanan tahunan ini bertujuan untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh di antara institusi-institusi kewangan terunggul di negara melalui sukan kegemaran Malaysia, badminton.

Setelah mengharungi perlawanan sengit lagi menarik selama dua hari, pasukan dari Bank Simpanan Nasional telah muncul sebagai juara selepas menewaskan Alliance Bank dalam satu perlawanan akhir yang rapat dan hebat dengan straight set 3-0. Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan telah berebut tempat ketiga dan keempat di mana Bank Negara Malaysia muncul juara selepas mengalahkan Kementerian Kewangan 3-0.

“CTOS telah menganjurkan perlawanan yang unggul. Kami bukan hanya berupaya membina semangat pasukan sambil berkenalan dengan orang baru dari industri yang sama, ramai daripada kami telah berjaya menjalin semula ikatan persahabatan dengan teman serta rakan sekerja yang sudah lama tidak bertemu. Kami terharu kerana berjaya muncul sebagai juara pertama perlawanan ini dan kami tidak sabar untuk mempertahankan gelaran juara kami di kejohanan tahun hadapan,” komen Muhammad Rosman Hashim, Jurulatih dan Agen Pegawai Perbankan Bank Simpanan Nasional.

Perlawanan selama dua hari ini, yang berlangsung pada 13hb dan 14hb Mei, menyaksikan dua belas institusi dari sektor kewangan berentap sesama sendiri.  Setiap pasukan telah bertanding dalam lima kategori – Perseorangan Lelaki, Beregu Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Campuran dan Beregu Lelaki Veteran. Hadiah wang tunai dan pingat telah dianugerahkan kepada Johan dan Naib Johan, serta pasukan tempat ketiga dan keempat. Juara juga telah menerima Trofi Cabaran Tahunan CTOS.

Antara pesertanya termasuklah Affin Bank, Alliance Bank, Allianz Malaysia, Bank Negara Malaysia, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Deutsche Bank, HSBC Bank, Kementerian Kewangan, RHB Bank, SME Bank dan CTOS Data Systems.

“Seperti yang telah dinyatakan, matlamat kami di CTOS adalah untuk memantapkan landskap kewangan Malaysia. Kejohanan ini adalah satu langkah ke arah mewujudkan pakatan awam-swasta yang lebih kukuh di kalangan sektor kewangan di Malaysia. Melalui badminton, sukan kegemaran Malaysia, kami berupaya untuk menyatukan dan memupuk hubungan yang lebih kukuh di antara sektor-sektor kewangan di Malaysia”, kata Dennis Martin, CEO Kumpulan CTOS Data Systems Sdn Bhd.

Pasukan juara telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM3000, Trofi Cabaran Tahunan CTOS dan pingat-pingat, manakala naib juara telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM2000 dan pingat-pingat; tempat ketiga dan keempat telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM1000 dan RM500 masing-masing beserta pingat-pingat.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *