(SUKAN) Sukan Paralimpik 2012: Kontinjen Malaysia impi gelaran gergasi Asia

Spread the love

MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) mahu atlet paralimpik negara menjadikan Malaysia antara negara Asia yang cemerlang pada Sukan Paralimpik London 2012 bermula 29 Ogos ini.

Justeru, Presiden MPM, Datuk Zainal Abu Zarin berharap semua atlet negara pada temasya itu berjaya mara ke peringkat akhir dalam acara masing-masing.

Beliau percaya prestasi cemerlang pada Sukan Paralimpik London akan membakar semangat atlet negara untuk lebih kompetitif pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

“Sasaran saya adalah untuk lihat atlet negara cemerlang padfa Sukan Para Asia 2014 dan sele- pas itu, kita akan lihat siapa prospek atlet pingat emas untuk temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil,” katanya.

Menurut Zainal, 20 daripada 23 atlet negara ke Sukan Paralimpik London layak secara merit selepas memberikan aksi yang cemerlang pada Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou, China.

“Layak secara merit ke temasya Paralimpik, sudah satu kejayaan dan bukti bahawa prestasi atlet sudah mula meningkat.

“Kebanyakan mereka masih muda dan berpeluang cerah untuk meraih pingat pada temasya Paralimpik edisi 2016,” katanya.

Seramai 23 atlet negara akan menggalas cabaran Malaysia di London iaitu seorang atlet lawan pedang, memanah (3), olahraga (8), berbasikal (2), powerlifiting (3), pelayaran (2), renang (2) dan dua pemain ping pong.

Temasya Paralimpik London akan berakhir pada 9 September depan.

sumber : KOSMO


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *