Tag: astro

(HIBURAN) OH MY ENGLISH! MUSIM KETIGA TAMPILKAN GABUNGAN MANTAP SEPERTI NADIYA NISAA, OGY DAN CARMEN SOO

OME3_4

Berikutan kejayaan siri Oh My English (OME!) Musim Pertama, Musim Kedua, Oh My Ganu dan OME! Hello America, siri hiburan berpendidikan popular ini kembali dengan Oh My English! Musim Ketiga yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad bermula dari 18 Mei 2014, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan siaran serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (saluran 135). Read more →

(SUKAN) KEM BADMINTON KEMBALI TERUSKAN MISI LAHIRKAN JAGUH BADMINTON MASA DEPAN

Para peserta terbaik semasa siri Kem Badminton Astro tahun lepas

Berita baik buat golongan belia dan generasi muda yang bercita-cita untuk menjadi jagoan badminton negara kerana Astro sekali lagi akan menganjurkan Kem Badminton Astro yang akan mula dibuka untuk pendaftaran khas buat kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang mempunyai bakat dan minat mendalam terhadap sukan badminton. Sesi latihan percubaan akan diadakan di enam buah negeri iaitu Penang, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur dari 17 Mei hingga 23 Ogos 2014. Read more →

(HIBURAN) “ZAM” juara SKOOL OF LAWAK musim pertama

IMG_7434

Muhammad Rizam Zaffar atau Zam dari Selangor telah dinobatkan sebagai juara SKOOL OF LAWAK musim pertama yang mana beliau membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000. Tempat kedua pula menjadi milik Filzah Azmi atau Fiza dari Sarawak dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala, tempat ketiga diraih Mohd Hazwan Mohd Azani atau One dari Kuala Lumpur dengan wang tunai RM25,000.  Read more →

(HIBURAN) AZTECA DAN ASTRO BEKERJASAMA DALAM MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENERBITAN DAN PENGEDARAN

image008

Antara pengeluar rancangan televisyen bahasa Sepanyol terbesar di dunia, Azteca, dan Astro, penyiar televisyen berbayar terkemuka di Asia Tenggara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)- bagi penerbitan dan pengedaran telenovela. MoU ini melibatkan tiga pihak, iaitu Azteca, Astro dan  Global Station, syarikat produksi Malaysia yang telah menerbitkan beberapa siri drama yang berjaya mendapat sambutan paling hebat di Malaysia. Ini merupakan peristiwa penting bagi ketiga-tiga pihak dan menandakan satu perkongsian erat jangka panjang bersandarkan kekuatan setiap pihak apabila Astro dan Global Station akan bersama-sama menerbitkan format telenovela Azteca yang diadaptasikan bersesuaian dengan penonton di Malaysia dan serantau. Di samping itu, Azteca akan menguruskan pengedaran antarabangsa telenovela yang telah dihasilkan. Read more →

(SUKAN) PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2014 KEMBALI DENGAN KEMUNCAK PUSINGAN GRAND FINAL DI HO CHI MINH

PAM2014_3

Prudential Astro Masters 2014 selaku kejohanan golf amatur terbesar dan paling berprestij di Malaysia kembali untuk tahun ke-17 penganjurannya lantas terus membuka peluang buat para pemain golf Malaysia menguji kemahiran mereka di pelbagai lapangan golf terbaik negara. Kejohanan golf yang berlangsung sepanjang lima bulan ini akan membawa peserta pusingan Grand Final berentap merebut kejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam. Read more →