Tag: Aziz M.Osman.

(SEMASA) TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA BUAT WARGA DUN PELABUHAN KLANG

5 Februari 2022 : Bertempat di TGV Central i-city,  lebih 1,000 warga Dun Pelabuhan Klang telah hadir untuk memeriahkan tayangan khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Tayangan Khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan anjuran YB Azmizam Zaman Huri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang bersempena Sambutan Hari Maritim ke 18 yang bakal berlangsung kelak. ADUN Pelabuhan Klang juga berkata penganjuran tayangan khas filem ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota Maritim Malaysia yang berkorban nyawa, tenaga dan masa bagi menjaga perairan negara khususnya di Pelabuhan Klang. Read more →

(HIBURAN) FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM MENERUSI  ‘OPS HELANG’

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2023TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH, hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG”  yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)  ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.  Read more →

(HIBURAN) BARISAN SELEBRITI TERKENAL REBUT GELARAN LAWAK SUPERSTAR!

Barisan peserta dan komedian bersama hos Liga Lawak Superstar, Afdlin Shaukigmo

Dunia komedi tanah air mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila Liga Lawak Superstar diperkenalkan. Rancangan yang menggabungkan pelakon-pelakon dan komedian terkenal ini akan mula menemui penonton bermula 6 Oktober 2013 setiap hari Ahad jam 9 malam. Kumpulan manakah yang bakal membawa pulang ganjaran RM 250,000? Read more →