(HIBURAN) FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM MENERUSI  ‘OPS HELANG’

Spread the love

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2023TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH, hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG”  yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)  ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. 

Filem yang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) dan DANA KANDUNGAN MARKETING kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Coast Guard telah mempertaruhkan SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANA serta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama. Selain itu, HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED, AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.

Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah.  Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah  merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan. Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga  menggadai nyawa sematamata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.

Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem

ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai aset  milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini!

SINOPSIS :

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besarbesaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *