Tag: AG

(HIBURAN) AG & FARA FAUZANA MENERUSKAN LEGASI MUZIK MUZIK

Untitled

Bahang Anugerah Juara Lagu 29 masih lagi dirasai dan kini program Muzik Muzik bakal membuka tirainya dengan edisi ke 30 pada 7 Februari 2015, setiap hari Sabtu pukul 6.00 petang. Lebih menarik, Muzik Muzik 30 juga akan bertukar wajah dengan penampilan hos dan set studio baharu serta paparan kandungan program yang lebih padat dan menghiburkan! Read more →

(HIBURAN) Lagu “Bahagiamu Deritaku“ nyanyian Hafiz Suip dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

ajl final 2014 17gmo

Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara  Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh  Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →

(HIBURAN) OMG’ (Ohsem Music Group) dan ‘Geng Kampung Pisang’ akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad

page

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, TV3 dengan tema ‘Seindah Ramadan’ mempersembahkan pelbagai rancangan menarik termasuklah drama buat tontonan umum. Dua drama komedi iaitu ‘OMG’ (Ohsem Music Group) dan ‘Geng Kampung Pisang’ akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad para penonton, mulai 13 Julai lalu. Read more →