Tag: Cat Farish

(HIBURAN) ‘Dampak’ yang bakal memberi kesan

IMG_6409

‘Dampak’ menjadi tajuk filem terbaru lakonan pelakon-pelakon berkelas A di Malaysia antaranya Aaron Aziz, Farid Kamil, Juliana Evans, Intan Ladyana, Micheal Chin, Scha Al-Yahya, Yank Kassim, Cat Farish, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. ‘Dampak’ yang membawa maksud kesan di dalam Bahasa Indonesia memberikan maksud yang amat mendalam apabila dikaitkan dengan niat membalas dendam yang secara tidak langsung boleh memusnahkan hubungan kemanusian. Filem yang bergenre fiksyen grafik novel ini mengambil pendekatan cerita seakan akan ‘swordman story’ pada era 90an. Namun begitu pihak produksi dan pengarah memasukan 100% elemen tempatan di dalam filem ini. Bertempat di ibu pejabat pihak penerbit di Petaling Jaya tempoh hari, telah berlangsungnya majlis ramah mesra dan sesi penerangan kepada pihak-pihak pengamal media sosial dengan penerbit dan pengarah filem Dampak ini. Pihak media telah dipertontonkan dengan trailer 2 minit filem tersebut dan juga trailer disebalik tabir (behine the scene) filem Dampak. Filem aksi ini mendapat pujian pihak media kerana ia menampakkan kelainan dari filem-filem tempatan lain yang berada di pasaran. Filem ini menggunakan teknologi CGI yang minimum tetapi mempunyai 100 peratus babak aksi tanpa menggunakan ‘stunt double atau body double’ kecuali yang membabitkan aksi berlari Farid Kamil yang tidak mampu untuk melakukan aksi tersebut setelah beliau terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada lutut beliau. Read more →

(HIBURAN) SYURA ungguli MasterChef Selebriti Malaysia 2

IMG_5673Setelah bertarung sengit dengan 18 orang lagi selebriti popular Malaysia, penyanyi Syura akhirnya telah dinobatkan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua . Syura memenangi pertandingan ini di finale yang penuh dramatik dengan menewaskan Celina Khor. Sebagai pemenang MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua ini, Syura menyumbangkan RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu BREAST CANCER WELFARE ASSOCIATIONS OF FEDERAL TERRITORY. Read more →

(HIBURAN) Filem Beraksi “Dampak” Memulakan Penayangannya 19hb September 2013

Dampak Poster 1cropsmall

Filem drama beraksi “Dampak” yang mendapat  liputan dan sambutan yang hebat dan meluas daripada media social, pada pertengahan  tahun lalu, apabila pelakon utamanya Aaron Aziz menyebarkan gambar gambar di sekitar pengambaran dan belakang takbir filem itu, di laman Twitter dan Facebook miliknya, kini telah pun siap produksinya dan sedang menantikan penayangannya di bulan September yang akan datang ini. Read more →

(HIBURAN) Di Sebalik Tabir Pengambaran Filem ” Usin UFO”

 

Pihak media telah dijemput ke set penggambaran filem Usin UFO arahan sutradara baru Zul Yahya. Berlatar belakangkan perkampungan di sepanjang Pantai Sepat, Kuantan, Pahang. Proses pengambaran filem Usop UFO ini berjalan dengan lancarnya hasil kerjasama dengan pasukan produksi dan juga masyarakat kampung sekeliling.  Read more →