(HIBURAN) Di Sebalik Tabir Pengambaran Filem ” Usin UFO”

Spread the love

 

Pihak media telah dijemput ke set penggambaran filem Usin UFO arahan sutradara baru Zul Yahya. Berlatar belakangkan perkampungan di sepanjang Pantai Sepat, Kuantan, Pahang. Proses pengambaran filem Usop UFO ini berjalan dengan lancarnya hasil kerjasama dengan pasukan produksi dan juga masyarakat kampung sekeliling. 

sinopis filem : 

Secara ringkas, Usin UFO mengisahkan seorang pemuda kampung yang budiman bernama Usin yang diculik oleh mahluk asing untuk dijadikan bahan kajian mereka di UFO. Setelah Usin menjadi bahan kajian mereka, tubuh Usin telah menjadi separa manusia dan separa mahluk asing. Sebaik saja dilepaskan mahluk asing, Usin tekah berperangai aneh sehingga menyebabkan kekecohan dan menimbulkan tanda tanya orang kampungnya. Bagaimanakah kesudahan nasib Usin? Nnatikan tayangan Usin UFO kelak.

Mengenali Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, menjadi pengarah filem buat kali pertama menjadi satu cabaran buat dirinya memandangkan pengalaman pengarahan beliau setakat ini adalah dalam segi pengarahan drama sahaja. Beliau pernah mengarah dua drama antaranya ialah Lantai Papan dan BMW. Pelakon ini juga lebih dikenali sebagai PAPAYA dikalangan kanak-kanak disebabkan watak lakonan beliau di dalam sebuah drama bersiri. Pelakon yang mula mengukir nama menerusi drama Mat Despatch ini mendapat kepercayaan pihak syarikat penerbitan filem yang baru bernama Cahaya DJ Pictures Sdn. Bhd untuk menghasilkan filem yang berbajet hampir RM1.6 juta ini. Projek ini merupakan hasil perlaburan bersama di mana Zul Yahya juga menjadi rakan kongsi bagi filem Usin UFO ini. Diterajui oleh Shuib Sepahtu, Usin UFO juga dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Liza Abdullah, Yasin Senario, Cat Farish, Puteri Sarah, Aisyah Illias, Joe dan Alif Satar serta mengabungkan ramai pelakon baru dan lama.

Bercakap mengenai pemilihan pelakon seperti Shuib Sepahtu. Zul Yahya menekankan mengenai kelebihan fizikal yang ada kepada pelakon tersebut yang boleh disesuaikan dengan watak komedi diwaktu yang sama beliau ingin menonjolkan Shuib sebagai seorang pelakon yang berpotensi bukan sahaja dari segi komedi malahan watak yang serius. Beliau juga sangat berpuas hati dengan komitmen 110 peratus pelakon-pelakon lain dan berharap filem ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat filem tanah air.

Zul Yahya yang popular menerusi drama Kaber Hero Kaber Zero dan Supermak ini memberitahu para media bahawa filem Usin UFO akan menjadi sebuah filem komedi dengan elemen futuristik yang diberi suntikan teknologi tinggi penggunaan Imej Janaan Berkomputer (CGI) bagi melengkapkan lagi keseluruhan plot ceritanya. Kesemua elemen-elemen CGI ini bakal dilakukan oleh pakar-pakar tempatan, di mana beliau sangat mengagumi keupayan trio KRU menerbitkan filem yang berasaskan CGI ini dan menjadi salah satu pelopor kepakaran dalam bidang baru ini. Mengikut draft asal filem Usin UFO ini, Zul Yahya berkata, hampir 30-40 peratus elemen-elemen CGI akan dimuatkan nanti.  Filem ini bakal menemui penonton pada penghujung tahun 2013, ditanya kenapa mengambil masa yang agak lama untuk ditayangkan ? Zul Yahya berkata  beliau ingin menyiapkan filem ini dengan sempurna tapi sederhana supaya ia dapat memberikan hasil atau impak yang diingati oleh penonton selaras dengan falsafah perfileman beliau yang inginkan setiap filem atau drama arahan beliau mempunyai “trademark” beliau yang tersendiri.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *