Tag: era

(SUKAN) ERAVAGANZA #jajahanbola SATUKAN SELEBRITI POPULAR TANAHAIR DENGAN PENDUDUK TEMPATAN!

10403565_10153284786392345_1989068466088325383_n

Sabtu lalu 24 Januari, telah berlangsungnya acara ERAvaganza #jajahanbola yang di anjurkan oleh pihak stesen ERA fm . Acara ini adalah bersempena acara tahunan yang dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan sambil berhibur dikalangan masyarakat Malaysia. Seperti tahun-tahun lalu acara sebegini sentiasa  mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat, para pendengar  dan secara tidak langsung ERA fm memberikan penekanan terhadap suka bolasepak yang kini semakin menjadi bahan bualan. Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014

zizan ame2014crop-horzGMO

Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan  Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak  mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah.  Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad.  Read more →

(HIBURAN) Calon-Calon Top 5 Anugerah MeleTop ERA

GRP_8264gmo

Kepada anda yang telah mengundi untuk fasa pertama Anugerah MeleTOP Era, terima kasih diucapkan.

Diharapkan semua berpuas hati dan dibawah merupakan senarai penuh calon top 5, untuk 14 buah kategori yang telah dipilih berdasarkan undian tertinggi yang dilakukan anda! Read more →

(HIBURAN) Anugerah MeleTOP ERA

ERA meletop

Sekali lagi, pihak-pihak pemain utama industri hiburan di Malaysia memperkenalkan majlis anugerah baru. Dengan lambakan majlis anugerah di dalam industri hiburan ini, adakah ia mampu menaikkan martabat artis-artis di Malaysia ? Bertempat di BEAST, Ground Floor, The Intermark 182, Jalan Tun Razak, pihak Astro telah mengadakan sidang media dan pelancaran Anugerah Meletop ERA, di mana tiga selebriti popular iaitu Nabil, Neelofa dan Dato’ AC Mizal bakal digandingkan sebagai pengacara buat pertama kalinya Anugerah Meletop ERA yang akan berlangsung pada 8 Februari 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil.  Read more →

(SEMASA) PENCARIAN ‘BAKAT JoHaRa’ 2.0 KEMBALI DENGAN WANG BESAR!

image002 (1)

Pendengar setia ERA fm sangat bertuah! Kerugian bakal di alami oleh anda sendiri jika anda tidak mencuba nasib untuk bergelar juara Bakat JoHara pada tahun ini. Sekali lagi ERA fm mencari bakat – bakat yang hanya menggunakan suara anda sahaja. Paling  menarik, pendengar berpeluang memenangi sejumlah wang yang sangat lumayan!

Jika tahun lalu, seorang pemenang telah dinobatkan sebagai juara Bakat JoHaRa edisi pertama. Pada tahun ini, ERA fm memberikan RM 50, 000 untuk pendengar yang bakal bergelar juara Bakat JoHaRa! Read more →