Tag: nabil

(SEMASA) KEMPEN REXONA FRESH MOVE MENCETUS INSPIRASI GOLONGAN MUDA MALAYSIA UNTUK TERUS BERGERAK DAN KEKAL SEGAR – Duta Rexona, Scha Alyahya Turut Sama Meraikan Kejayaan Kempen Rexona Fresh Move

Rexona Fresh Moves Digital Contest Winners_1

Bergerak memang bagus tetapi lebih banyak pergerakan boleh menyebabkan peluh dan bau badan yang kurang menyenangkan. Baru-baru ini deodoran terkemuka dunia dan duta Rexona, Scha Alyahya bersama penyokong kempen, Nabil Ahmad dan  Jihan Muse bergabung untuk menyebarkan “Kempen Pergerakan Segar Rexona” menerusi satu siri video jenaka dan berpendidikan yang menggambarkan lebih banyak pergerakan anda, lebih banyak perlindungan! Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014

zizan ame2014crop-horzGMO

Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan  Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak  mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah.  Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad.  Read more →

(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013

sepahtu-mlm-finaleGMO

Seperti yang dijangka ramai, kumpulan  SEPAHTU  telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi. Read more →

(HIBURAN) Anugerah MeleTOP ERA

ERA meletop

Sekali lagi, pihak-pihak pemain utama industri hiburan di Malaysia memperkenalkan majlis anugerah baru. Dengan lambakan majlis anugerah di dalam industri hiburan ini, adakah ia mampu menaikkan martabat artis-artis di Malaysia ? Bertempat di BEAST, Ground Floor, The Intermark 182, Jalan Tun Razak, pihak Astro telah mengadakan sidang media dan pelancaran Anugerah Meletop ERA, di mana tiga selebriti popular iaitu Nabil, Neelofa dan Dato’ AC Mizal bakal digandingkan sebagai pengacara buat pertama kalinya Anugerah Meletop ERA yang akan berlangsung pada 8 Februari 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil.  Read more →

(HIBURAN) Maharaja Lawak Mega 2013 Kembali! RM500,000 jadi rebutan

IMG_9428

Diakui sebagai pentas terulung yang mengangkat kehebatan pemain komedimterbaik di rantau ini, Maharaja Lawak Mega 2013 kembali dengan menampilkan barisan peserta dan kolaborasi terbaru untuk edisi kali ini. Dengan mengekalkan format lama iaitu turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia, seramai 13 barisan pelawak akan beraksi secara automatic di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ Dalam pada itu sebanyak 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut. Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.  Read more →