Tag: Fouziah Gous

(SEMASA) Fouziah Gous Tampil Lebih Mempesona Dengan Per’l Xlim

IMG_5837Kuala Lumpur: Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Power Root telah menjadi pengeluar dan pengedar terkemuka minuman berkualiti tinggi yang diperkayakan dengan “Tongkat Ali” dan “Kacip Fatimah”. Power Root telah menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk Siri Alicafé, Siri Per’l, Alitea, Extra Power Root, Oligo dan 9spot yang sesuai untuk semua golongan peringkat umur. Power Root juga telah melancarkan rangkaian pelangsingan badan di bawah jenama  Per’l Xlim semenjak bulan Mei 2014 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Read more →

(HIBURAN) Skrin Di 9 minggu ini : Menggenggam Janji

menggenggam janjicropsmall

Skrin Di 9 minggu ini membawakan anda sebuah drama menarik arahan Heykal Hanifah iaitu Menggenggam Janji.  Menggenggam Janji menampilkan pelakon hebat Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal. Menggenggam Janji mengisahkan kehidupan saudara baru yang bergelut dengan perasaan untuk terus kekal istiqamah dengan ajaran Islam. Rahmah, seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas. Sebagai seorang suami, Jalil dilihat semakin lalai dengan tugasnya untuk membimbing Rahmah dan anak mereka, untuk menjadi muslim sejati. Akibat terlalu sibuk dengan perniagaanya, Jalil hanya membiarkan Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama dan sering tidak mengendahkan penyakit yang dihidapi Rahmah. Read more →

(HIBURAN) AKASIA TV3 bakal mempersembahkan sebuah karya hebat ‘Rindu Bertamu Di Abu Dhabi’

IMG_5276

Selepas FENOMENA drama  ‘Setia Hujung Nyawa’, slot drama TV3, AKASIA bakal mempersembahkan sebuah karya hebat terbitan Zeel Production menerusi drama rantaian ‘Rindu Bertamu Di Abu Dhabi’ bermula 11 Februari 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang. Read more →