Tag: juara

(SEMASA) Hafiz juara “Pencetus Ummah” musim pertama

LAN_2286

Hafiz diumumkan sebagai Juara dalam program Pencetus Ummah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah musim pertama. Keputusan pemenang diumumkan oleh pengacara program tersebut, Dr Ridhuan Tee. Gelaran Naib Juara dimenangi oleh Shahul, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yeop dan Rahmat menjadi pemenang tempat keempat. Program akhir Pencetus Ummah disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis. Read more →

(HIBURAN) “THE GLAMS GIRLS” juara Ceria Superstar musim ke 2

IMG_4514

Kembara perjalanan yang jauh dari Utara tanah air membuahkan hasil buat kumpulan “THE GLAMS GIRLS”  apabila dinobatkan sebagai juara Ceria Superstar musim ke 2 yang telah disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Kuala Lumpur. Kumpulan tarian cilik yang dianggotai oleh 5 anak kecil yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun ini terdiri daripada Puteri Nur Aliaa, Emisya Alias, Syarifah Nur Hayati, Nur Afriena Athirah dan Hazdiba Aziz ini telah merangkul hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dengan mengalahkan kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW pada peringkat “battle” terakhir. Read more →

(HIBURAN) ‘Danial’ Juara Idola Kecil musim ke 6

IMG_4408

Danial Cheur Bin Hamasiah atau lebih dikenali sebagai Danial telah dinobatkan sebagai juara IDOLA KECIL musim ke 6. DANIAL telah berjaya mengalahkan 4 lagi peserta akhir lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 diikuti pemenang di tempat kedua, Aby dan ketiga Dani. . DANIAL berjaya menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul MEMORI serta sebuah lagu pilihan ibu beliau iaitu WHEN I WAS YOUR MAN dendangan asal Bruno Mars.  Read more →

(HIBURAN) OMG Kaut Hadiah RM250,000 Sebagai Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama

 IMG_3633

Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah  RM250,000 manakala naib juara iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Read more →

(SEMASA) BEN juara PALMA 2013

IMG_3217

MBASU BENARD OKARO atau dikenali sebagai BEN berasal dari Kenya telah menjuarai pertandingan nyanyian lagu Melayu antarabangsa (PALMA 2013). Beliau membawa pulang hadiah berjumlah hampir RM13,000 termasuklah 3 hadiah sampingan iaitu, Juara Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Anugerah Khas Juri. Ben menyanyikan lagu DWIHATI yang merupakan lagu asal duet Yuna & Aizat. Read more →