Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM250,000 manakala naib juara iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Read more →
Tag: juara
(SEMASA) BEN juara PALMA 2013
MBASU BENARD OKARO atau dikenali sebagai BEN berasal dari Kenya telah menjuarai pertandingan nyanyian lagu Melayu antarabangsa (PALMA 2013). Beliau membawa pulang hadiah berjumlah hampir RM13,000 termasuklah 3 hadiah sampingan iaitu, Juara Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Anugerah Khas Juri. Ben menyanyikan lagu DWIHATI yang merupakan lagu asal duet Yuna & Aizat. Read more →
(HIBURAN) Kejutan Juara AF 2013 Milik Faizul
FAIZUL menjadi juara AF 2013 mengalahkan 5 peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100K berserta kontrak rakaman bernilai RM100K dan trofi. Gelaran Naib Juara pula dirangkul oleh AZHAEL dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30K dan trofi , tempat ketiga pula diraih oleh AMIRA yang membawa pulang hadiah wang tunai RM20K berserta trofi. Tempat ke 4 dimenangi oleh INDAH, manakala tempat ke 5 milik NABILA, AISHAH pula membawa pulang trofi untuk tempat ke 6. Read more →
(HIBURAN) Kumpulan Wala Juara Raja Lawak musim ke 7
Teka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran juara! di gelanggang akhir Raja Lawak Musim Ke-7 akhirnya terjawab apabila kumpulan Wala yang terdiri daripada Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman berasal dari Sabah dinobatkan selaku juara di gelanggang akhir Raja Lawak 7. Selaku juara, kumpulan itu berjaya meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Manakala naib juara dimenangi oleh kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat. Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.
(SUKAN) Nick Watney muncul juara CIMB Classic 2012
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pemain golf Amerika Syarikat, Nick Watney muncul juara kejohanan golf CIMB Classic 2012 yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club di Seri Kembangan di sini, hari ini. Read more →