Tag: ke

(HIBURAN) KONSERT PELANGI UNTUK MU – NING BAIZURA DI TUNDA KE 16HB. NOVEMBER

ning1crop

Kuala Lumpur, 15 September 2013 – Konsert yang paling dinantikan, “Konsert Pelangi Untukmu’ dari bintang terkenal Ning Baizura telah dijadualkan pada 21hb. September 2013 terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini. Read more →

(HIBURAN) Super Spontan 2013 masuk musim ke 2

IMG_7256

Setelah menobatkan Zizan Razak sebagai juara musim lalu, Super Spontan kembali buat musim ke 2. Super Spontan merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti. Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan. Program realiti ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna, saluran 132 di dalam pakej Mustika pada setiap hari Jumaat bermula 30 Ogos 2013, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134). Mengekalkan format asal dan bakal bersiaran selama 10 minggu menampilkan gandingan pengacara baru iaitu penyampai Radio ERA , Ray dan Haniff manakala Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak kekal bertindak sebagai pengulas. Musim baru ini juga turut memperkenalkan Razif Hashim dan Rashid Salleh yang akan menjadi pengurus kepada dua kumpulan bertanding iaitu KETAM KONFIUS dan SEMUT SENTAP. Juara Super Spontan 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Read more →

(HIBURAN) ERA fm RAIKAN ULANGTAHUN YANG KE 15

IMG_0735

Tanggal 1 Ogos  titik bersejarah buat radio yang popular dengan tagline Muzik Hit Terbaik ini! Kerana, ERA fm pada tahun ini genap berusia 15 tahun! ERA fm, salah sebuah radio yang beroperasi di bawah payung Astro Radio, mencatat sejarah kerana menjadi stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Malayu sejak ditubuhkan pada 2008.  Terbukti, radio yang mempersembahkan pelbagai program menarik menepati citarasa pendengar masa kini, masih lagi menjadi pilihan masyarakat Malaysia berumur 18 hingga 34,  apabila dapat mengekalkan takhta mereka sebagai stesen radio nombor satu sehingga hari ini.  Bersempena bulan yang mulia ini, pelbagai acara menarik bakal di sampaikan khas oleh keluarga serta barisan penyampai – penyampai ERA fm bagi menyemarakkan lagi lebaran pada tahun ini. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : BOCIK, ACHEY, TAPAW & TITAN MARA KE KONSERT AKHIR

Titan, Bocik, Achey & Tapaw berentap di konsert akhir BMB

Selepas hampir 3 bulan berentap di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB), akhirnya hanya tinggal Bocik & Bowl (Afdlin Shauki), Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Titan (Sabri Yunus) untuk merebut tiket ke Konsert Akhir BMB yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Jun 2013. Konsert separuh akhir ke-3 BMB menyaksikan Bocik, Achey, Tapaw dan Titan melangkah ke peringkat akhir sekaligus berentap untuk merangkul gelaran juara BMB dan hadiah wang tunai sebanyak RM 200,000. Read more →

(GAMBAR) Foto – Foto Menarik Anugerah Juara Lagu Ke 27

IMG_3208

Lagu “Terukir Di Bintang” yang dibawakan oleh Aizat yang menggantikan Yuna telah menjadi juara bagi Anugerah Juara Lagu Yang Ke-27. Tempat Kedua dimenangi oleh ‘Idola’ nyanyian Azlan & The Typewriter, manakala tempat ke tiga dimenangi oleh ‘Ku Akui’ nyanyian Hafiz. Persembahan terbaik pula dirangkul oleh Black dan Rj.  Hafiz pula memenangi vokal terbaik buat kali kedua berturut-turut.    Tahniah pada semua pemenang. Read more →