Tag: Pawagam

(HIBURAN) Nantikan Filem “Apokalips X” pada 3 April 2014 di pawagam.

securedownloadcropsmallgmo

Perang Kimia telah memusnahkan dunia dan hanya meninggalkan sekumpulan anak muda yang berjuang untuk terus hidup.  Tiga orang pahlawan utama yang tinggal selepas peperangan tersebut iaitu X (Farid Kamil), Sri Gala (Peter Davis) dan Kala Jengking (Jehan Miskin). Masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang begitu taat kepada mereka. Apokalips X mengisahkan perjuangan geng-geng tersebut dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujudnya rasa dendam dan benci di antara mereka.  X yang digeruni pada zaman kegemilangannya dahulu bertekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila. Read more →

(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini

GROUP PHOTO (1)

Resah pencinta filem tempatan berakhir apabila Grand Brilliance mengumumkan baru-baru ini bahawa filem terbaru terbitan mereka, KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2013. Filem yang diadaptasi dari novel Fixi karya Adib Zaini berjudul Zombijaya ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa.  Selain menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem, Woo Ming Jin (Salon, Seru) juga mengolah skrip dan lakon layar untuk filem ini. Read more →