Tag: Sharifah Amani

(HIBURAN) Filem KOLUMPO

KOLUMPO_TeaserPoster01-horz

Kuala Lumpur, atau lebih dikenali ramai sebagai KL atau Kolumpo, merupakan sebuah kota yang terdiri daripada kepelbagaian. Sekian lama, kota ini telahpun digambarkan dalam pelbagai gaya dan rupa menerusi layar perak. Kali ini, KL akan digambarkan dengan cukup berbeda menerusi perspektif 3 pembikin filem muda tempatan. Arahan Sheikh Munasar, Rozi izma dan Bront Palarae, filem ini bakal membawa para penonton menerusi kehidupan warga kota KL yang sering mencari harapan dan impian. Filem antologi ini merupakan gabungan hasil kerja tiga buah filem pendek yang terdiri daripada bahasa yang berbeda dengan setiap filem merangkumi durasi sepanjang 30 minit. Filem ini dibintangi oleh Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mona Maniam, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan disertai penampilan khas oleh Farid Kamil, Remy Ishak, Sarah Ali, Ho Yuhang, Dain Said, Chew Kin Wah, Kumaresan, Adibah Noor dan Bront Palarae. Read more →

(HIBURAN) Senarai Akhir 12 calon AF2013

LAN_9520gmo

12 calon AF2013 (Akademi Fantasia) telah pun diketahui dan yang mengejutkan seperti kejutan yang sinonim dengan Konsert AF,  pelakon filem “…. Dalam Botol”. Arja Lee terpaksa akur dan tewas kepada Faizul dan Amira yang berjaya diserap kembali ke senarai top 12 melalui undian Samsung Galaxy Entry. Apabila nama Arja Lee tidak diumumkan, ramai yang rasa hampa kerana mahu melihat sejauh mana artis seperti Arja Lee mampu mempertahankan kedudukan dan popularitinya melalui bidang nyanyian berbanding kejayaannya sebagai seorang pelakon. “Arja terletak pada senarai ketiga selepas Amira dan Faizul jadi Arja terpaksa meninggalkan AF,” ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad pada media selepas Konsert Prelude AF2013 berakhir di Kuantan malam semalam. Read more →

(HIBURAN) Filem “Psiko – Pencuri Hati” bakal membawa kelainan

Group Photo (2)

Adakah seseorang penulis perlu berfikir seperti pembunuh bersiri untuk merealisasikan novel misteri pembunuhan bersiri? Adakah mereka perlu mendapatkan penghayatan dan kemahiran untuk diluahkan diatas kertas? Inilah persoalan yang dibongkar didalam Psiko Pencuri Hati….O.SIDI (Bront Palarae) seorang penulis novel popular yang menggemari subjek ‘thriller’ didalam setiap karyanya. Akibat terlalu obsess, jiwanya menjadi kacau. Justeru, SIDI terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan novel terbarunya yang diberi tajuk “Mangsa”… Read more →

(HIBURAN) ‘Sindiket’ filem ke-11 taruhan Bade

DSCF0312

Kuala Lumpur, 30 Mei 2013:  ‘Sindiket’, filem ke-11 taruhan sutradara, Bade Haji Azmi, bakal membawa penonton dan penggemar filem tempatan menyelami kehidupan gelap dinamakan ‘Human Trafficking’ atau ‘Pemerdagangan Manusia’ yang berlaku setiap detik dan masa di sekeliling kita namun pergerakannya sukar dihidu.

Diterbitkan sebuah syarikat produksi baru, Loyal Studios Sdn Bhd, idea menghasilkan filem bergenre aksi ini tercetus sejak tujuh tahun lalu, semasa Bade terbabit dalam penggambaran filem, Maut. Read more →

(HIBURAN) TELEMOVIE DAN DRAMA TERBAIK DI TV9 (sepanjang Februari dan Mac )

IMG_5199

TV9 sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai drama dan telefilem terbaik dan menarik menerusi slot Ratu, Aurora, Skrin Di 9 dan Mutiara Hati. Bermula Februari ini, TV9 akan menyiarkan drama-drama baru  dan telefilem yang penuh pengisian, lebih segar dan pastinya dibarisi para pelakon hebat dan juga memperlihatkan bakat-bakat baru dunia lakonan yang sedang meningkat naik. Pastinya anda tidak akan kecewa mahupun berganjak dari tempat duduk apabila menonton drama dan telefilem yang ditayangkan sepanjang Februari dan Mac ini di TV9. Read more →