Tag: Dain Said

(HIBURAN) Filem KOLUMPO

KOLUMPO_TeaserPoster01-horz

Kuala Lumpur, atau lebih dikenali ramai sebagai KL atau Kolumpo, merupakan sebuah kota yang terdiri daripada kepelbagaian. Sekian lama, kota ini telahpun digambarkan dalam pelbagai gaya dan rupa menerusi layar perak. Kali ini, KL akan digambarkan dengan cukup berbeda menerusi perspektif 3 pembikin filem muda tempatan. Arahan Sheikh Munasar, Rozi izma dan Bront Palarae, filem ini bakal membawa para penonton menerusi kehidupan warga kota KL yang sering mencari harapan dan impian. Filem antologi ini merupakan gabungan hasil kerja tiga buah filem pendek yang terdiri daripada bahasa yang berbeda dengan setiap filem merangkumi durasi sepanjang 30 minit. Filem ini dibintangi oleh Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mona Maniam, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan disertai penampilan khas oleh Farid Kamil, Remy Ishak, Sarah Ali, Ho Yuhang, Dain Said, Chew Kin Wah, Kumaresan, Adibah Noor dan Bront Palarae. Read more →