(HIBURAN) Majlis Pra-Dengar Album Shila Amzah

Spread the love

IMG_6517

Shila Amzah, penyanyi yang telah membanggakan rakyat Malaysia setelah memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave di Shanghai telah mengadakan majlis  pra-dengar album terbaru beliau pada sidang media yang bertempat di Red Box, Pavilion , Kuala Lumpur. Album yang menggunakan judul “ SHILA AMZAH” ini bakal memuatkan 5 buah lagu baru dan 2 buah bonus track. Album ini boleh dianggap sebagai ‘bayi’ sulung buat penyanyi ini kerana beliau terlibat secara langsung sebagai penerbit eksekutif dan secara langsung terlibat secara sepenuhnya di dalam pembikinan dari mula hingga ke proses terakhir. Shila Amzah dibantu oleh Aubrey Suwito dan Helen Yap sebagai penerbit bersama di mana beliau merasa sungguh teruja berkerjasama kembali dengan Helen Yap kerana beliau merupakan orang  yang pertama yang berkerjasama dengan Shila Amzah pd umur 8 tahun. Album ini memuatkan lagu Masih Aku Cinta sebagai single pertama manakala lagu-lagu baru lain antaranya ialah Sedar, Cinta Hati, Tulus, Maaf manakala 2 bonus track adalah Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin).

IMG_6503

PERKEMBANGAN TERBARU

Beliau kini sibuk dengan aktiviti seni beliau di Shanghai yang mana pihak pengurusan Shila di sana iaitu Shanghai Media Group telah menyediakan pelbagai program untuk beliau merintis menjadi penyanyi terkenal di Asia yang mana ia merupakan salah satu terma-terma yang terkandung dalam kontrak kemenangan beliau. Shila Amzah menjelaskan salah satu program yang sedang dirancangkan adalah penerbitan album penuh bahasa Mandrin untuk pasaran China dan dia kini sedang giat berlatih untuk betutur dan menulis dalam bahasa China . Beliau menjelaskan bahawa beliau akan berpuasa di Shanghai, keputusan untuk balik ke Malaysia buat sementara waktu ini bagi memenuhi keperluan tawaran untuk sesi fotografi, rakaman hari raya dan juga majlis pra-dengar album ini. Album ini secara rasminya akan dilancarkan sekitar musim perayaan Aidilfitri tahun ini juga.

IMG_6507

Bercakap mengenai tempoh rakaman pula, Shila menjelaskan ia mengambil masa 5 bulan secara keseluruhannya dan secara kasar ia melibatkan proses rakaman selama 1 minggu untuk sebuah lagu memandangkan ia dirakam menggunakan rakaman secara langsung oleh para pemuzik professional yang terlibat dalam pembikinan album ini. Bapa beliau, ND Lala memberitahu pihak media mengenai banyak perkembangan positif buat anaknya ini kebelakangan ini antaranya ialah Shila Amzah telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema sebuah program realiti nyanyian di China iaitu POP IDOL dan bakal mengikuti jelajah rangka promosi untuk program tersebut. Baru-baru ini pula Shila Amzah dipilih sebagai penyanyi “opening act” untuk konsert Julio Iglesias dan pihak pengurusan penyanyi terkenal itu amat kagum dengan suara beliau  dan Julio Iglesias sendiri memberikan pujian “sings like a bird “ kepada penyanyi Malaysia ini . Pihak Julio Iglesias berharap akan ada lagi kerjasama dengan pihak Shila Amzah pada masa akan datang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *