Program realiti Bintang Mencari Bintang melakukan kelainan apabila tidak ada penyingkiran berlaku di akhir program konsert separuh akhir kedua semalam. Sementara itu, anak didik Afdlin Shauki, Bochik mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya memikat juri profesional, undian SMS dan juri awam dengan mendahului markah keseluruhan tertinggi 68 markah. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian. Read more →
Tag: tv3
(HIBURAN) Planet Kiara musim ke-2
Sekali lagi Pusat Sains Negara (PSN)dengan terbitan bersama Bleu Nagas Productions menampilkan drama Planet Kiara musim ke-2setelah mendapat sambutan yang agak menggalakkan sepanjang tayangan musim pertama yang lepas. Projek ini adalah bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi National 2012 dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI). Planet Kiara 2 akan memulakan tayangannya pada 12 Jun 2013 setiap Selasa hingga Khamis bermula jam 6.30 hingga 7.00 di saluran TV3. Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian di dalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara, UTM ICC dan profesor yang terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episod bagi melancarkan perjalanan penggambaran drama ini. Planet Kiara merupakan ilham dari Pengarah Pusat Sains Negara iaitu Prof Madya Dr Irmawati Ramli dan Pengarah Kreatif Bleu Nagas Productions Amy Mazurah serta hasil garapan sepenuhnya dari Pengarah filem Bada Hj Azmi yang tidak asing lagi dalam industry pengarahan tanah air kita. Juga menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica, Hanif Safuan, Nur Jannah dan ramai lagi diharap Planet Kiara musim ke-2 ini akan menjadi salah satu rancangan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Dalam drama Planet Kiara, Robot PSN 1 telah digunakan sekali lagi untuk menyerikan perjalanan drama ini. Robot humanoid yang pertama di Malaysia ini adalah berbentuk seperti manusia yang dibawa terbang secara eksklusif dari Perancis khas untuk Planet Kiara. Robot ini menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan system pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang drama ini, jangan lupa menonton musim kedua Planet Kiara yang akan memulakan tanyangannya pada 12 June 2013 setiap selasa hingga khamis jam 6.30 petang di TV3. Read more →
(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang – ‘AJO TERSINGKIR ‘
Keputusan separuh akhir pertama telah meletakkan Achey (Harun Salim Bachik) sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 67.4 dan diikuti oleh Bowl (Afdlin Shauki) 63.6 markah, Titan (Sabri Yunus) 63.0 markah, Bocik (Afdlin Shauki) 56.3 markah dan Tapaw (Faizal Ismail) 54.7 markah. Manakala Ajo anak didik kepada Faizal Ismail terpaksa meninggalkan pentas BMB apabila meraih markah terendah sebanyak 53.0 markah. Read more →
(SEMASA) Media Prima Digital dan Samsung Lancarkan Tonton untuk Platform SMART TV
Peneraju dunia teknologi global, Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Media Prima Digital kini melancarkan aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV. Media Prima Digital, kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia di bawah Media Prima Berhad, konglomerat media terulung di Malaysia, memiliki dan bertanggungjawab ke atas operasi harian portal video tempatan nombor 1 di Malaysia, Tonton. Read more →
(HIBURAN) Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB)
Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (19 Mei 2013) menyaksikan 3 peserta tercorot, Kelawak (Raja Azura), Tocai (Senario) dan Big Too (Sabri Yunus) meninggalkan pentas BMB. Dengan itu, BMB turut mengumumkan Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Bowl (Afdlin Shauki) melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal bersaing dengan 3 peserta terbaik daripada Kumpulan B. Selain itu, konsert BMB semalam juga meraikan hari jadi sifu Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail dan juga Mazlan Senario (hari jadi Lan terjatuh pada 20 Mei). Read more →




