Tag: tv9

(HIBURAN) DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL)

gmo

Sempena ulangtahun yang ke-30, stesen televisyen nombor satu tanah air, TV3 bersama TV9 akan mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar iaitu DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL) pada tahun hadapan. Acara yang julung kali diadakan ini bakal melibatkan seterusnya menghubungkan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, penulis skrip, sinematografer, pelakon dan pengacara dari amatur hinggalah ke profesional. Read more →

(HIBURAN) Program raya terbaik di TV9 – 5 malam 4 hari

5mlm4harti

Setiap kali menjelang hari raya, pasti ramai yang ternanti-nanti apakah hiburan atau drama menarik yang boleh ditonton sebagai pelengkap sambutan raya.  Bersama TV9 pada tahun ini, anda akan dihiburkan dengan pelbagai rancangan terbaik bermula pada malam raya sehingga hari raya keempat bersesuaian dengan tema TV9 pada tahun ini iaitu 5 malam 4 hari. Read more →

(HIBURAN) 5 MALAM 4 HARI ANUGERAH SYAWAL TV9

IMG_7555Dengan tema berbunyi ‘5 Hari 4 Malam’, TV9 menyediakan sebanyak 30 program terbaik sepanjang bulan Syawal tidak lama lagi. Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, memberitahu, program-program yang disediakan khas bagi penonton setia TV9 berbentuk pelbagai genre, bermula pada malam raya pertama iaitu pada 7 Ogos depan. Jelasnya, menerusi tema yang dipilih, TV9 akan menyiarkan pelbagai rancangan hiburan serta drama-drama terbaik malah turut menampilkan kolabrasi erat antara tv9 dan Hot FM di mana saluran radio popular itu akan mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ke udara antaranya seperti Geng Kampung Pisang, Hot TV Raya mahu pun program yang dilakonkan oleh juruhebahnya sendiri, Fara Fauzana dalam Mimpi Fara. Read more →

(HIBURAN) Stailista Unplugged TV9 – Raya Pertama

image001smallProgram Stailista Unplugged yang telah dirakamkan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 13 Julai 2013 lalu bakal disiarkan pada hari raya nanti, iaitu pada hari Khamis, 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi di TV9. Selama satu jam, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu terkenal empat figura ini dalam irama muzik unplugged. Barisan artis terkenal antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah yang kini sudah bertudung serta penyanyi paling bongsu yang popular di laman sosial iaitu Najwa Latif  telah menghiburkan para peminat mereka dengan dendangan lagu baru dan lama serta beberapa lagu medley nostalgia. Read more →

(HIBURAN) TV9 DPS Schedule June 17-23, 2013.

tv9small

ISNIN, 17 JUN 2013

 

8.30 mlm             RATU

 

                                LULUHNYA SEBUAH IKRAR (ep. 12)

 

Azhar seperti menjauhkan diri daripada Yati.  Yati cuba menerangkan tentang dirinya yang takut untuk jatuh cinta kepada Azhar.  Azhar memberi pelbagai alas an untuk mengelak.  Bila tiba masa yang sesuai untuk menjernihkan keadaan kepada Azhar, Shah datang secara tiba-tiba.

 

Pelakon: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin, Ruzana Ibrahim dan Fandi Che Hisham. Read more →