Tag: tv9

(SEMASA) RESIPI MENARIK DARI KOKO HANYA DALAM ‘KOKOLOG’

DEX_8349

Apa kaitan di antara coklat, melancong dan membuat kerja amal? Jawapannya, tentulah KOKOLOG!  Program terbaru terbitan Primeworks Studios untuk TV9 (saluran 119), ini menggandingkan tiga elemen yang seakan-akan tiada kaitan tetapi bakal menceriakan hujung minggu (Ahad), pada jam 10.00 pagi, mulai 2 Mac 2014 ini. Read more →

(HIBURAN) ‘Danial’ Juara Idola Kecil musim ke 6

IMG_4408

Danial Cheur Bin Hamasiah atau lebih dikenali sebagai Danial telah dinobatkan sebagai juara IDOLA KECIL musim ke 6. DANIAL telah berjaya mengalahkan 4 lagi peserta akhir lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 diikuti pemenang di tempat kedua, Aby dan ketiga Dani. . DANIAL berjaya menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul MEMORI serta sebuah lagu pilihan ibu beliau iaitu WHEN I WAS YOUR MAN dendangan asal Bruno Mars.  Read more →

(SEMASA) PROGRAM-PROGRAM TERBARU 2014 DI RAUDHAH LIN NISA’ TV9

RAUDHAH (2)

Pada 23 Disember yang lalu, telah berlangsung sidang media untuk memperkenalkan hos-hos baru program Raudhah Lin Nisa’ di TV9.   Bagi mengukuhkan lagi penjenamaan Raudhah di TV9 pada tahun 2014, Raudhah Lin Nisa’ merupakan satu jenama baru yang menghimpunkan program-program hiburan berbentuk ilmiah di TV9 yang dikhaskan untuk golongan wanita.  Antara program yang akan berada di bawah penjenamaan Raudhah Lin Nisa’ adalah Tanyalah Ustazah, Hijab Stailista, SIS, Shoutul Quran dan Safiyya. Read more →

(HIBURAN) VEKTOR 58 – AKSI SAINS FIKSYEN TERBAHARU DI TV9

V58 (1)

Industri perfileman dan drama di Malaysia kian maju dari masa ke semasa. Pelbagai aspek diambil kira untuk menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti. Begitu juga dengan Chain-FX Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi yang menitik beratkan penghasilan kesan visual, kini telah menerbitkan sebuah drama bersiri terbaharu iaitu VEKTOR 58.

Drama bersiri berkonsepkan aksi fiksyen sains ini memaparkan tentang makhluk asing berbentuk robot sebagai watak utama. Vektor 58 akan mula disiarkan menerusi TV9 pada setiap Sabtu, jam 5.30 petang, bermula 14 Disember 2013. Read more →

(HIBURAN) Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013

TV3-SHOWS-featurcro[p

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013. Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam , Selangor pada pukul 9 malam. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini. Read more →