(SEMASA) MEDIA PRIMA UMUM INTEGRASI DIGITAL

Spread the love

PETALING JAYA, 12 Disember 2012 – Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu nombor satu negara hari ini melancarkan unit perniagaan digitalnya yang diperluas iaitu ‘Media Prima Digital’, yang juga merupakan entiti seumpamanya.yang terbesar di negara.Media Prima Digital adalah sayap media digital bersepadu Kumpulan, hasil daripada penggabungan subsidiari perniagaan media baru iaitu Alt Media Sdn. Bhd. (Alt Media) dan NSTP E-Media Sdn. Bhd. (E-Media). Penstrukturan semula ini adalah sebahagian daripada strategi Media Prima yang lebih luas bagi menyelaras dan mengoptimum perniagaan digital Kumpulan yang kini wujud merentasi beberapa platform. Melalui usaha ini, adalah menjadi visi untuk menjadikan Media Prima Digital sebagai antara peneraju perniagaan teras Kumpulan yang kini merangkumi televisyen, percetakan, radio, penciptaan kandungan dan pengiklanan luar.

 

Dengan Media Prima Digital yang diperluaskan ini, Kumpulan kini bukan sahaja memiliki malahan juga mengendalikan unit media digital bersepadu terbesar negara.  Alt Media, antara lainnya bertanggungjawab terhadap inovasi portal video nombor satu Malaysia, Tonton, yang telah meraih pelbagai anugerah sebelum ini (Sumber: comScore). Tonton, yang kini telah mencapai lebih daripada 2.5 juta pengguna berdaftar, menawarkan “catch-up” dalam talian dan perkhidmatan televisyen “secara langsung”, serta kandungan premium berbayar. Di samping itu, Alt Media juga mengendalikan portal web rangkaian televisyen dan rangkaian radio Kumpulan, serta Gua (gua.com.my),iaitu portal hiburan dan gaya hidup utama negara.

E-Media, sayap digital kepada subsidiari Kumpulan, iaitu The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, bertanggungjawab membangun dan mengendalikan portal berita Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia, Harian Metro, serta portal berita akhbar-akhbar terkemuka negara yang lain– New Straits Times dan Berita Harian. Pada masa yang sama, E-Media yang pernah membangunkan beberapa aplikasi e-dagang kini sedang membangunkan beberapa portal gaya hidup yang akan dilancarkan secara berperingkat mulai awal tahun 2013.

Media Prima Digital kini mempunyai statistik dengan jangkauan secara terkumpul seperti berikut:

  • Sehingga 5.9 juta pelayar bulanan (Sumber: Omniture dan Google Analytics)
  • Sehingga 4.5 juta paparan halaman video bulanan (Sumber: Omniture Site Catalyst)
  • Sehingga 75 juta paparan halaman bulanan (Sumber: Omniture Site Catalyst dan Google Analytics)

 

“Dengan menggabungkan operasi dan aset Alt Media dan NSTP e-Media, Media Prima Digital akan berusaha untuk menjadi pemacu Kumpulan dalam perniagaan digital, terutamanya dengan memanfaatkan kandungan dan jangkauan pelbagai platform Media Prima.

“Kumpulan menjangka bahawa satu gabungan digital yang tunggal, akan membolehkan ia menawarkan produk dan peluang perniagaan baru yang lebih baik di rantau perniagaan media yang paling pesat berkembang,” kata Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Digital, Dato ‘ Zainul Ariffin Mohammed Isa. Strategi Media Prima Digital termasuk mengukuhkan perniagaan digital dan menyediakan angka-angka digital terbesar merentasi kesemua kumpulan media di Malaysia. Media Prima Digital akan mengumpulkan semua kandungan dalam Kumpulan dan menyediakan pengalaman digital yang di luar jangkaan kepada para pengguna.

“Kami sentiasa cuba merentasi sempadan inovasi dalam bidang digital dengan menggabungkan kepakaran atas talian dengan jenama-jenama kami yang kukuh melalui platform tradisional. Oleh itu, penggabungan kedua-dua sayap digital ini akan membuka lebih banyak peluang bagi Kumpulan untuk melibatkan diri dengan pengguna dan para pengiklan sedia ada dan berpotensi – sekali gus, menyediakan pengalaman digital yang menyeluruh,” kata Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad.

“Ia adalah satu cabaran yang berterusan dalam merangkul evolusi digital dan atas sebab inilah ia amat penting untuk kami berada di hadapan keluk digital di samping mempergiatkan lagi usaha untuk kekal relevan dalam perniagaan ini. Di saat kita memulakan perjalanan dengan Media Prima Digital, kita dapat memanfaatkani kandungan yang luas dan sumber-sumber dalam Kumpulan dengan skala ekonomi dari segi kecekapan operasi. Penciptaan kandungan kekal penting dan  Media Prima Digital akan dapat menyokong keperluan Kumpulan ke arah penciptaan kandungan agnostik platform dan di mana jua pengguna berada,” kata Puan Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Digital dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad.

“Melalui Media Prima Digital, kami menjangkakan potensi yang besar dengan peningkatan angka atas talian sebanyak 30% dan pertumbuhan dua digit pendapatan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Bagi perdagangan, berdasarkan angka kolektif, Media Prima Digital mampu untuk menyediakan kepada para pengiklan jangkauan sasaran dan skala yang diperlukan. Kandungan eksklusif setempat juga menyediakan tahap penyesuaian dan interaktiviti yang tinggi untuk para pengiklan,” tambah Kim.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *