(HIBURAN) Di Sebalik Tabir Filem ” Sunti @ Facebook.com “

Spread the love

Pihak Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) dengan kerjasama pengurusan produksi Arie Zahrie Production telah membawa sekumpulan wartawan mengikuti program di sebalik tabir pembikinan filem terbaru arahan James Lee iaitu” Sunti @ Facebook.com ” . Pengambaran yang berlokasikan rumah lama di kawasan Jalan U-Thant ini memberi peluang kepada pihak media merasai suasana seram dan juga memberi peluang pihak media beramah mesra dengan barisan pelakon dan krew filem ” Sunti @ Facebook.com “.

Sinopsis filem Sunti @ Facebook.com

Secara ringkasnya, Sunti @ Facebook.com mengisahkan Ashiq, remaja playboy yang nakal dan dilahirkan dalam keluarga berada memberikannya kelebihan daripada segala segi. Dia suka bertukar-tukar pasangan ‘online’ yang turut dibantu tiga lagi rakannya – Py, Adan dan Gel.

Saban hari tugas mereka adalah memancing seramai mungkin gadis melalui laman fb. Setiap pertemuan berjalan dengan baik walaupun ada beberapa gadis yang kecewa dengan mereka kerana memutuskan hubungan selepas keluar beberapa kali.

Pada suatu hari kolej di mana Ashiq dan kawan-kawannya belajar menjadi gempar apabila berlaku kejadian pembunuhan tanpa diketahui puncanya. Semua yang mati seolah diganggu roh yang hidup dalam rangkaian sosial fb. Kejadian misteri itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ashiq dan rakan-rakannya.

Apakah puncanya dan siapakah Sunti Lara yang menjadi rakan fb mereka? Untuk mengetahui kesudahan filem ini, nantikan tayangannya pada pertengahan 2013.

Antara barisan pelakon filem utama dalam Sunti @ Facebook.com adalah seperti Fouziah Gous sebagai Sunti Lara, Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji), Jenny Cotez (Vida), Anas Mentor (Gel), Syazwan Zulkifli (Adan), Diddy Hirdy (Py), Arief Farhan (Mie), Mizy Radzuan (Lan), Elfaeza Ul Haq (Dura) dan Wana Ariana (Alisya).

Bercakap pada pihak media, James Lee pengarah filem Histeria, Sini Ada Hantu, Tolong Awek Aku Pontianak dan filem Cina, The Collector ini menegaskan penghasilan filem terbaru beliau ini disebabkan terlalu banyak permasalahan yang timbul akibat penyalahgunaan medium-medium internet seperti facebook, tweeter atau istagram. Bercakap mengenai pemilihan Fouziah Gous sebagai pelakon utama, beliau berkata karektor dan keayuan menjadi ciri utama pemilihan pelakon tersebut yang bersesuaian dengan watak Sunti Lara. Antara cabaran yang yang dihadapi oleh James Lee dalam menyiapkan filem ini ialah beliau perlu memastikan filem ini disiapkan dalam masa 20 hari.  Menariknya tentang filem ini selain daripada jalan cerita yang dihasilkan penulis skrip, Shariza Mahmud  ini ialah kesan khasnya. Dalam apa jua cerita seram, kesan khas dan muzik latar memainkan peranan penting untuk memberi mood pada filem seram tersebut tambahnya lagi. Beliau menambah, pihaknya menggunakan kepakaran tempatan untuk menaikkan mood kesan khas tersebut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *