Kuala Lumpur, 10 Februari 2025 – KISS OF LIFE kumpulan K-Pop yang kini sedang popular, akan membawa jelajah dunia pertama mereka yang dinanti-nantikan ke Malaysia! Tandakan kalendar pada tarikh 13 April, jam 5 petang untuk 2025 KISS OF LIFE 1ST WORLD TOUR [KISS ROAD] in KUALA LUMPUR di Mega Star Arena KL, yang akan menjanjikan satu malam penuh dengan muzik, persembahan, dan interaksi yang tidak akan dilupakan. Konsert ini dibawakan oleh TopGallant Show. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) KISS OF LIFE Bakal Menggemparkan Kuala Lumpur Dalam Jelajah Dunia Pertama Mereka Pada April Ini
(HIBURAN) ASTRO SHAW UMUM KERJASAMA GLOBAL UNTUK FILEM ‘MOJO’ & KETUAI PEMASARAN DAN PENGEDARAN DI MALAYSIA
5 Februari 2025, Kuala Lumpur – Penerbit filem terkemuka Malaysia, Astro Shaw, terus mengukuhkan kedudukan di persada industri perfileman antarabangsa dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Sympatico – label produksi di bawah Double Vision, serta Argo Films dari UK yang diterajui oleh penerbit terkenal Richard Johns, dan Mocha Chai Laboratories, bagi penerbitan filem romantik komedi terbaru bertajuk Mojo. Read more →
(HIBURAN) Kenangan Terbaik Buat Peminat Tomok dan Siti Nordiana, menerusi Konsert Memori Mungkin Berulang
Pada 1 Februari 2025, Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi kepada kolaborasi istimewa antara dua bintang ternama industri muzik Malaysia, Tomok dan Siti Nordiana, menerusi Konsert Memori Mungkin Berulang. Konsert ini bukan sahaja mengimbau perjalanan seni mereka sejak zaman persekolahan, tetapi juga menghidupkan semula nostalgia yang mendalam bagi lebih 1,500 peminat yang hadir. Read more →
(HIBURAN) DJ Dave, Jeffrydin, Ziana Zain dan Dato’ Awie Semarakkan Konsert Rentas Masa
Empat legenda muzik tanah air iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Jeffrydin, Ziana Zain dan Dato’ Awie bergabung dalam Konsert Rentas Masa di Zepp KL malam tadi, menghasilkan persembahan yang menggabungkan hits dari era 60-an hingga era moden. Konsert yang berlangsung di venue intim Zepp KL ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi merupakan perjalanan nostalgia yang menghubungkan pelbagai generasi peminat muzik tanah air. Read more →
(HIBURAN) FAIZAL TAHIR ANGKAT SEMANGAT ‘JATI DIRI’ MELALUI ALBUM TERBARU, LANCAR ALBUM BERKONSEPKAN KENDURI KENDARA
Penyanyi dan komposer tersohor, Faizal Tahir, kembali dengan album terbaru berjudul Jati Diri. Album ini merupakan hasil kerjasama dengan rakan penerbit muda yang sedang meningkat naik iaitu Glowrush dan mereka bergerak sebagai duo ‘Let Zapin’. Lebih menarik apabila pelancaran album ini menampilkan konsep unik berasaskan kenduri kendara dan rewang. Konsep ini dipilih bukan sekadar sebagai tema pelancaran, tetapi juga sebagai lambang budaya dan nilai perpaduan yang ingin diketengahkan dalam karya terbaharu beliau. Read more →
