Category: Hiburan

(HIBURAN) ANUGERAH JUARA LAGU KE-39 LEBIH GAH! AJL39 KEKALKAN 10 FINALIS, JANJIKAN PERSEMBAHAN LEBIH MENGUJAKAN

Petaling Jaya, 20 Januari 2024 – Perjalanan menuju Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) kini bermula secara rasminya! Sesi siaran langsung Mega Live AJL39 di TikTok TV3 Malaysia pada malam Sabtu lalu benar-benar mencuri tumpuan penonton dengan pelbagai pengumuman menarik. Dari tema AJL tahun ini, tarikh jualan tiket, gandingan hos baharu yang penuh kejutan, hingga penaja utama yang mantap, semuanya menjanjikan pengalaman luar biasa! Selain itu, aktiviti istimewa ‘Healing AJL’ bakal berlangsung pada hujung minggu ini, pasti memberikan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh para peminat setia. Read more →

(HIBURAN) Boney M: 50 Tahun Nostalgia dan Legasi Muzik Disco yang Tidak Pudar

Boney M, kumpulan disko ikonik yang menjadi fenomena global pada era 70-an, telah mencipta satu lagi detik bersejarah dengan meraikan ulang tahun ke-50 mereka dalam satu siri konsert yang penuh nostalgia. Konsert di Kuala Lumpur pada 12 Januari, yang diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, berjaya menarik lebih daripada 3,000 peminat dari pelbagai peringkat umur, mencerminkan betapa besar pengaruh muzik mereka walaupun selepas lima dekad. Read more →

(HIBURAN) Selepas 12 tahun, filem terhebat Madha Gaja Raja temui penonton Malaysia

Filem terbaharu, Madha Gaja Raja terus menerima sambutan positif daripada penonton termasuk daripada pengkritik filem terhadap penceritaan dan lakon layar. Diterbitkan oleh produksi Gemini Film Circuit, filem ini mencatat kutipan pecah panggung di pawagam di India ketika ini sejak 12 Januari lalu. MSK Cinemas turut kerjasama dengan syarikat produksi terkenal India ini bagi mengedar tayangan filem ini di Malaysia dan Singapura yang akan ditayangkan pada 16 Januari 2025. Read more →

(HIBURAN) Soloz: Game of Life – Kisah Benar Kejayaan: Inspirasi Mengejar Impian Dan Cita-cita Sentuhan Unik Syafiq Yusof Dalam Genre Berbeza

Penggemar filem dan peminat tegar permainan video mudah alih, khususnya Mobile Legends: Bang Bang, pasti teruja kerana Key Billions Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menerbitkan filem yang dinanti-nantikan, Soloz: Game of Life, yang akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 23 Januari 2025. Filem ini, yang diangkat daripada kisah benar perjalanan hidup seorang ikon Esukan tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, menawarkan sesuatu yang amat istimewa. Soloz bukan sekadar nama yang dikenali dalam arena E-sukan, beliau merupakan symbol keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian. Dari seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan, Soloz telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang. Apa yang membuatkan Soloz: Game of Life berbeza daripada filem-filem lain adalah pendekatannya yang mengangkat tema E-sukan dengan begitu mendalam. Di bawah arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air, filem ini menjanjikan pengalaman yang segar dan berbeza. Syafiq Yusof, dikenali dengan kebolehannya menarik hati penonton melalui naratif yang kuat dan visual yang mengagumkan, sekali lagi membuktikan kemahirannya dalam mengendalikan genre baharu ini. Menonton Soloz: Game of Life adalah seolah-olah menelusuri helaian kisah kehidupan seorang insan yang menjadikan minat sebagai kerjaya, mengolah cabaran menjadi peluang, dan impian menjadi kenyataan. Dengan elemen inspirasi dan dedikasi yang begitu kuat, filem ini dijangka bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi motivasi kepada penontonnya. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN ETIKA SDN BHD RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENERUSI KISAH BENAR ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’

7 Januari 2025, Kuala Lumpur – Bersempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan bertembung buat pertama kali selepas tempoh 27 tahun, Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan filem terbaru mereka, Abah Saya, Uncle Mike. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya satu karya bermakna dalam pertembungan perayaan yang jarang berlaku.  Kolaborasi ini mengangkat keindahan tradisi bersama dan kepelbagaian budaya serta hubungan kekeluargaan. Read more →