KUALA LUMPUR – 17 Mac 2013 : Peminat sukan bermotor Malaysia pada hari ini mendapat hadiah istimewa apabila berpeluang menonton dari dekat aksi pelumba handalan Malaysia, Jazeman Jaafar, Hafizh Syahrin Abdullah, Fariqe Hairuman, Melvin Moh dan Dominic Ang serta barisan bintang-bintang sukan permotoran yang digilap menerusi program Pembangunan Bakat Petronas antaranya Afiq Ikhwan Yazid serta Nabil Jeffri. Read more →
Category: Sukan
(SUKAN) MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC)

KUALA LUMPUR 6 Feb 2013 – Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo (lima dari kiri) dan Pengurus Kanan Komersial One FC, Maja Grimnitz (enam dari kiri) bergambar bersama barisan peserta tempur semasa sidang media program realiti Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia.
KUALA LUMPUR, 6 Februari 2013 – Perkembangan dan populariti Mixed Martial Arts (MMA) sebagai salah satu sukan arus perdana perdana di seluruh Asia dan di peringkat global telah menarik minat Tune Talk dimana hari ini pihak Tune Talk telah melancarkan satu program realiti MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC). Kejohanan MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC) dianjurkan bertujuan untuk membangunkan dan mempromosikan sukan ini kalangan kelompok belia-belia di Malaysia.
Read more →
(SUKAN) F1: Vettel catat sejarah 3 kali rangkul gelaran dunia
SAO PAULO: Sebastian Vettel muncul pemandu termuda apabila merangkul gelaran dunia kali ketiga berturut-turut dalam sejarah Formula Satu awal pagi tadi walaupun sekadar menduduki tempat keenam di belakang Jenson Button yang menjuarai perlumbaan Grand Prix Brazil. Read more →
(SUKAN) PELANCARAN KEMPEN “KAMI TEAM MALAYSIA”
Sempena Piala Suzuki AFF yang bakal berlangsung bermula 24 November hingga 23 Disember ini di Kuala Lumpur dan Bangkok, TV3 dengan kerjasama TM bakal mendukung sebuah kempen diberi nama “Kami Team Malaysia” bagi menyokong pasukan kebangsaan mempertahankan kejuaraan yang dirangkul dua tahun lalu. Kempen “Kami Team Malaysia” telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’ Razali Haji Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Read more →
(SUKAN) Sidang Media : World Cup Asia PaintBall 2012
Dewan Mahsuri di Langkawi akan menarik kembali perhatian dunia melalui World Cup Asia Paintball 2012 (WCA 2012) yang akan bermula dari 8 hingga 11 November ini. Diiktiraf PRO PAINTBALL USA sebagai kejohanan paintball antarabangsa terbaik 2011, WCA 2012 kali ini bakal menerima jumlah penyertaan memberangsangkan daripada 160 pasukan antarabangsa dari lebih 32 negara. Read more →




