(HIBURAN) ANTARA CINTA DAN CITA-CITA DALAM DRAMA BERSIRI KOREA “SUNGKYUNKWAN SCANDAL”

Spread the love

Sungkyunkwan Poster

Berita baik buat peminat drama bersiri Korea di ntv7, sebuah lagi judul baru Sungkyunkwan Scandal bakal menemui mereka bermula 23 Oktober (Rabu) ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Lebih mengujakan adalah drama bersiri itu merupakan pertama kalinya bersiaran di saluran tidak berbayar Malaysia dan tetap mengekalkan audio dalam versi Korea.

Membariskan pelakon mantap dan terkenal seperti Park Min Young, Park Yoochun, Yoo Ah In, dan Song Joong Ki, Sungkyunkwan Scandal mengetengahkan kisah percaturan seorang wanita yang ingin mengejar cita-cita dan memperbaiki kehidupan keluarganya menerusi sistem pendidikan. Walaubagaimanapun berlatarbelakangkan era Dinasti Joseon, golongan wanita tidak diiktiraf di dalam bidang pendidikan mahupun pekerjaan.

Melihat kepada sinopsis ringkas ini pastinya penonton boleh mengagak bahawa pasti bakal ada seorang wanita yang bakal muncul untuk mengubah segala-galanya. Karakter yang dimaksudkan itu adalah seorang gadis pintar, Kim Yoon Hee (Park Min Young) yang terpaksa menanggung perbelanjaan seluruh keluarganya dan berazam untuk mengubah nasib hidup setelah kematian ayahnya.

Kisah bermula, apabila Kim Yoon Hee menggunakan kebijaksanaannya untuk menjual kertas jawapan peperiksaan kepada bakal pelajar Sungkyunkwan. Namun tersalah langkah apabila bertemu Lee Soon Joon (Park Yoo Chun) yang cuba menangkapnya kerana tindakan Yoon Hee yang menyalahi undang-undang. Namun apabila menyedari bakat Kim Yoon Hee, Lee Soon Joon memujuknya untuk menyertai Sungkyunkwan tanpa menyedari bahawa dia adalah wanita.

Bagi memastikan bahawa dirinya memiliki pendidikan, Kim Yoo Hee nekad untuk menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan adiknya yang sedang sakit dan menyertai satu-satunya institusi tertinggi yang hanya membenarkan pelajar lelaki mengambil peperiksaan.

Namun identiti Kim Yoo Hee diketahui Lee Soon Joon lakonan Park Yoo Chun. Pastinya penonton bakal terpaku melihat pelakon dan penyanyi terkenal daripada kumpulan JYJ ini yang juga dikenali sebagai Micky Yoochun memainkan watak teraju utama di samping Kim Yoo Hee. Yang pasti bibit cinta di antara mereka bakal membuatkan penonton tertarik apatah lagi Lee Soon Joon terpaksa menyembunyikan identiti sebenar Yoo Hee dan sukar berterus-terang tentang perasaannnya.

Lee Soon Joon merupakan jejaka tampan yang memahami namun angkuh kerana berasal daripada keluarga yang berada. Selain itu, Kim Yoo Hee juga bakal bertemu dengan rakan-rakan lelakinya yang penuh dengan kerenah masing-masing seperti Gu Yong Ha (Song Joong Ki) yang sentiasa terlibat dengan pelbagai masalah serta berhadapan dengan rakan sebilik yang beremosi Moon Jae Shin (Yoo Ah In). Walaupun sering berbeza pendapat, para penonton bakal melihat bagaimana persahabatan mereka berempat semakin erat terjalin. Lantas mewarnakan lagi plot kisah kehidupan mereka berempat.

Selain kesungguhan Yoo Hee dalam mengejar cita-citanya di Sungkyunkwan, elemen cinta, lucu dan semangat setiakawan turut diangkat bagi melengkapkan lagi plot cerita drama bersiri ini dan pasti membuatkan anda terus menanti kesemua 28 episod yang bakal ditayangkan nanti di ntv7.

Terkini, ntv7 masih menyangkan drama korea Still Marry Me dan pastikan anda terus menantikan slot drama Korea dengan judul terbaru 23 Oktober 2013 (Rabu) ini, Sungkyunkwan Scandal, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah hari pastinya di Saluran Ceria Anda, ntv7 atau di Saluran 107.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook mahupun Twitter.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *