(HIBURAN) Filem ‘Bikers Kental’

Zizan Razak bakal kembali ke layar perak untuk filem terbarunya “Bikers Kental”.  Filem arahan Helmi Yusof mengisahkan seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. 

Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.
Para pelakon :
Zizan Razak, Awie, Zul Arifin, Amirul,Bront Palarae, Harun Salim Bachik, PHONKANOK WONGSAROT (Nam Nueng) ,PORNVIPA RATCHAGARUNE ( Leeleng )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *