(HIBURAN) Filem ” Gangster Celop ” gabungan 2 produksi hebat

IMG_5319

 

“KECOH satu panggung “..itu lah pengalaman wakil kami semasa tayangan perdana filem “Gangster Celop” arahan terbaru sutradara Ahmad Idham. Filem hasil gabungan 2 produksi terulung ini iaitu SKOP Productions dan EXCELLENT Pictures bakal menjengah ke panggung berdekatan dengan anda bermula 21 Februari 2013. Filem pertama yang menampilkan bloggers wanita terkenal Hanis Zalikha bersama 2 hero terkenal iaitu Syamsul Yusof dan Kamal Adli ini bakal menghiburkan para peminat filem tempatan.

gangs celop Asmall

SINOPSIS GANGSTER CELOP (DI PAWAGAM 21 FEBRUARI 2013)

Sebuah Filem: AHMAD IDHAM

ADAM & AMAN merupakan bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.

Setelah keluar dari penjara,mereka ditemukan semula dengan MAN JAMBU, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak MAN JAMBU iaitu SUZANNA yang baru pulang dari England.

Suatu Hari,MAN JAMBU ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada MAN CIRIT,salah seorang ketua kumpulan gangster.Polis mula memburu AMAN dan ADAM yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut. Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan PAK ABU dan anak gadisnya RABIATUN. Mereka membantu ADAM,AMAN dan SUZANNA menyelesaikan kes dengan memburu MAN CIRIT.

Mereka menyuruh MAN CIRIT mengaku salah atas kematian MAT JAMBU. ADAM & AMAN ditembak polis INSPEKTOR JALALUDDIN semasa pergaduhan antara mereka.

Tiba di Forensik, mereka mula disedarkan dan dengan kehadiran MAT JAMBU yang disangkakan sudah mati mengejutkan mereka. MAT JAMBU menceritakan perkara sebenar bahawa dia dan INSPEKTOR JALALUDDIN telah membuat rancangan untuk memerangkap MAN CIRIT.

WATAK

SYAMSUL YUSOF – ADAM

KAMAL ADLI – AMAN

HANIS ZALIKHA – SUZANNA

YUS JAMBU – MAT JAMBU (AYAHANDA)

AZAD JAZMIN – MAN CIRIT

USOP WILCHA – INSPEKTOR JALALUDDIN

gangs celopsmall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *