(HIBURAN) Konsert “ I Am Ziana Zain”

Spread the love

PC I Am Ziana Zain Concert-1

Setelah lebih 20 tahun mengharungi pahit manis di dalam arus muzik tanah air, Ziana Zain bakal mengadakan konsert solo beliau buat kali kedua setelah hampir 15 tahun di mana kali terakhir beliau menghiburkan peminat sekitar tahun 2001 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) melalui konsert mega beliau “ Ziana Zain In The Park”.

Setelah sekian lama mendambakan konsert solo dalam skala yang besar, akhirnya bintang ternama seni suara tanah air ini diberi kepercayaan untuk menjayakan konsert yang membawakan tema  ‘I Am Ziana Zain’. Konsert ini bakal dipentaskan pada 27 September 2014 di MITC, Melaka,. Ziana Zain bakal mendendangkan 22 buah lagu popularnya diiringi 22 pemuzik orchestra yang akan dipimpin oleh pengarah muzik terkenal iaitu Aubrey Suwito. Konsert ini merupakan kesinambungan permulaan terbaik 2014 buat penyanyi  ini berikutan kejayaan Konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung  di Istana Budaya yang lalu.

Bagi yang berminat, jualan tiket sudah mula dibuka dengan harga RM325 (Platinum), RM225 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver). Bagi 100 pembeli awal tiket dibawah klasifikasi platinum berpeluang meluangkan masa bersama Ziana pada keesokan harinya selepas Konsert I Am Ziana Zain berlangsung.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau dibeli secara terus di pejabat urusan GOLD EARTH PICTURES di alamat 30-1, Jalan Teknologi 3/6D, The Core Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor atau Melaka International Bowling Centre (MIBC), Jalan Konvensyen Ayer Keroh, Melaka.

Peminat yang membeli terus dari pejabat GOLD EARTH PICTURES bermula 14 hingga 31 Mei bakal mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Untuk Maklumat lanjut, hubungi VEEA (0122032508) atau HILMI (0126884434).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *