(HIBURAN) Lagu “Bahagiamu Deritaku“ nyanyian Hafiz Suip dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

ajl final 2014 17gmo

Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara  Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh  Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz).

AJL finalSMALLgmo

Persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo seperti Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Alyah (Kau Yang Terindah), Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya),  Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Black (Takkan Terpisah), Hafiz (Bahagiamu Deritaku), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara), Hyper Act (Hanya Aku), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Salammusik (Aku Pelat), dan Stacy (Bosan) memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik tempatan. Anugerah Juara Lagu  yang diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, menggunakan  ‘Game On’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini. Arus pembangunan industri muzik tanah air sentiasa membuka ruang kepada penggiat muzik yang sentiasa berani menyahut cabaran dan menggalakkan eksperimen baharu dalam membentuk seni muzik yang lebih inovatif.

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos. Persembahan pembukaan tirai  AJL28 yang membawakan konsep ‘battle’ vokal dan tarian dimulakan oleh Shila Amzah dan Mus May manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya Waris, DJ Fuzz,  Dato’ M.Daud Kilau, Ziana Zain, Dali Ahli Fiqir , FILSUF, Amy Search  dan Zaidi One Nation Emcees.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *