Tag: DJ Fuzz

(HIBURAN) Lagu “Bahagiamu Deritaku“ nyanyian Hafiz Suip dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

ajl final 2014 17gmo

Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara  Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh  Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →

(SEMASA) Rumah Terbuka & Majlis Anugerah Lagu Melayu Paling Popular NEWAY KARAOKE 2013

IMG_3054

NEWAY Karaoke Box mengumumkan 12 lagu Melayu paling popular  yang diunggul lagu nyanyian Hafiz dan Adira, ‘Ombak Rindu’ di Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013  baru-baru ini. “Pengunjung yang hadir gemar menyanyikan lagu ‘Ombak Rindu’ di mana lagu berkenaan dinyanyikan lebih 10,000 kali dalam tempoh 2012 hingga 2013.. Justeru ‘Ombak Rindu’ mendapat tempat pertama antara 11 buah lagu Melayu yang lain,” ujar Pengurus Pemasaran Neway, Aining Wong ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013, Neway Karaoke Box di One Utama, Damansara baru-baru ini. Read more →

(HIBURAN) Anugerah Blokbuster 2

IMG_9013

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal menganjurkan Anugerah Blokbuster 2  dengan  kerjasama Astro Ria serta Radio ERA sebagai penyiar dan radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. Majlis anugerah ini akan diadakan pada hari Sabtu , 15 Jun 2013, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu. Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa penuh kepada peminat untuk menentukan pemenangnya. Read more →

(HIBURAN) Mizz Nina ‘Around The World’ Live In KL

IMG_1945Around The World LIVE In KL merupakan konsert solo pertama penyanyi lincah Mizz Nina. Konsert yang menghiburkan lebih kurang 1500 orang peminat ini penuh dengan alunan muzik segar dan juga rentak tarian yang memukau yang dipersembahkan oleh Mizz Nina dan penari-penari beliau. Konsert ini juga menghimpunkan barisan artis-artis jemputan seperti penyanyi terkenal Korea Jay Park melalui kolaborasi nyanyian dalam single terbarunya, Around The World. Kemunculan Noh Hujan yang berduet bersama isterinya itu melalui lagu “Kurnia” sedikit sebanyak meredakan kerancakan konsert dengan lagu yang lebih berentak perlahan. Malam itu juga menjadi saksi kembali semula persembahan Mizz Nina bersama kumpulan beliau yang terdahulu iaitu Teh Tarik Crew bergandingan dengan Fiquetional, Altimet dan DJ Fuzz. Mizz Nina juga telah menjemput penyanyi Mawar Berduri yang merupakan penyanyi kelahiran Singapura yang dahulunya menganggotai kumpulan Hip Hop terkenal ” Ahli Fiqir” untuk berduet bersama beliau. Read more →