Tag: Alyah (Kau Yang Terindah)

(HIBURAN) Lagu “Bahagiamu Deritaku“ nyanyian Hafiz Suip dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

ajl final 2014 17gmo

Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara  Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh  Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →

(HIBURAN) JELAJAH AJL 28 RAIKAN PENONTON SETIA TV3

Jelajah AJLsmallGMO

Game On”! Anugerah Juara Lagu, acara hiburan terbesar anjuran TV3 yang dinanti-nantikan oleh para penggiat dan pemuzik tanah air bakal memperlihatkan pertarungan hebat 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari 2014 untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28). Read more →

(HIBURAN) “GAME ON!” SAINGAN SENGIT 12 LAGU TERBAIK DI Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

PC AJL 4gmo

Debaran bagi para penggiat muzik tanah air kini bermula! Selepas pengumuman barisan finalis pada akhir bulan November lalu, pastinya para peminat muzik tanah air tidak sabar menanti kelangsungan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang memperlihatkan persaingan sengit 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari nanti. Selepas kemenangan Yunalis Zarai dengan lagu ‘Terukir Di Bintang’ yang dipersembahkan oleh Aizat, lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 28? Read more →