(HIBURAN) Maharaja Lawak Mega 2013 Kembali! RM500,000 jadi rebutan

Spread the love

IMG_9428

Diakui sebagai pentas terulung yang mengangkat kehebatan pemain komedimterbaik di rantau ini, Maharaja Lawak Mega 2013 kembali dengan menampilkan barisan peserta dan kolaborasi terbaru untuk edisi kali ini. Dengan mengekalkan format lama iaitu turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia, seramai 13 barisan pelawak akan beraksi secara automatic di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ Dalam pada itu sebanyak 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut. Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna. 

IMG_9370

Sementara itu, MLM 2013 akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton manakala Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara untuk Maharaja Lawak Mega 2013.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2013 akan bersiaran secara langsung bermula 15 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2013 akan bersiaran secara langsung bermula 15 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *