Tag: Jambu

(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013

sepahtu-mlm-finaleGMO

Seperti yang dijangka ramai, kumpulan  SEPAHTU  telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi. Read more →

(HIBURAN) Maharaja Lawak Mega 2013 Kembali! RM500,000 jadi rebutan

IMG_9428

Diakui sebagai pentas terulung yang mengangkat kehebatan pemain komedimterbaik di rantau ini, Maharaja Lawak Mega 2013 kembali dengan menampilkan barisan peserta dan kolaborasi terbaru untuk edisi kali ini. Dengan mengekalkan format lama iaitu turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia, seramai 13 barisan pelawak akan beraksi secara automatic di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ Dalam pada itu sebanyak 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut. Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.  Read more →

(SEMASA) Antabax Persembahkan ‘Lat-Tali-Lat’, Rancangan Mainan Mempromosikan Semula Permainan Tradisional dan Pupuk Tabiat Kebersihan

IMG_0168

‘Lat-Tali-Lat-Tali-Tam-Plom’ – masihkah anda ingat ungkapan yang biasa didengar pada zaman kanak-kanak anda? Malangnya, di zaman digital yang penuh dengan telefon pintar, tablet dan komputer riba serta permainan interaktifnya, kanak-kanak nampaknya semakin lupa akan permainan tradisional warisan budaya. Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif serta menyediakan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan semula permainan tradisional Malaysia kepada kanak-kanak menerusi satu rancangan realiti. Read more →

(HIBURAN) Akustika Ramadan di TV3

Akustika Ramadan (8)

Sempena bulan Ramadan yang sedang berlangsung, TV3 mempersembahkan sebuah program muzikal dan ilmuan berbentuk ketuhanan iaitu ‘Akustika Ramadan’ yang menampilkan hos Tajdid Hadhari dan Ustaz Zhafran Zainuldin bersama selebriti jemputan seperti Azlan & The Typewriter, Najwa Latif, Hijjaz, Black, Jambu, Angah Raja Lawak, Qi Razali termasuk ustaz-ustaz jemputan bermula 9 Julai 2013, setiap hari Selasa jam 11.00 malam. Read more →