(HIBURAN) ‘Dampak’ yang bakal memberi kesan

Spread the love

IMG_6409

‘Dampak’ menjadi tajuk filem terbaru lakonan pelakon-pelakon berkelas A di Malaysia antaranya Aaron Aziz, Farid Kamil, Juliana Evans, Intan Ladyana, Micheal Chin, Scha Al-Yahya, Yank Kassim, Cat Farish, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. ‘Dampak’ yang membawa maksud kesan di dalam Bahasa Indonesia memberikan maksud yang amat mendalam apabila dikaitkan dengan niat membalas dendam yang secara tidak langsung boleh memusnahkan hubungan kemanusian. Filem yang bergenre fiksyen grafik novel ini mengambil pendekatan cerita seakan akan ‘swordman story’ pada era 90an. Namun begitu pihak produksi dan pengarah memasukan 100% elemen tempatan di dalam filem ini. Bertempat di ibu pejabat pihak penerbit di Petaling Jaya tempoh hari, telah berlangsungnya majlis ramah mesra dan sesi penerangan kepada pihak-pihak pengamal media sosial dengan penerbit dan pengarah filem Dampak ini. Pihak media telah dipertontonkan dengan trailer 2 minit filem tersebut dan juga trailer disebalik tabir (behine the scene) filem Dampak. Filem aksi ini mendapat pujian pihak media kerana ia menampakkan kelainan dari filem-filem tempatan lain yang berada di pasaran. Filem ini menggunakan teknologi CGI yang minimum tetapi mempunyai 100 peratus babak aksi tanpa menggunakan ‘stunt double atau body double’ kecuali yang membabitkan aksi berlari Farid Kamil yang tidak mampu untuk melakukan aksi tersebut setelah beliau terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada lutut beliau.

IMG_6408

KOS, LOKASI, TEMPOH PENGAMBARAN & LPF

Filem ini merupakan penerbitan 100 peratus membabitkan krew yang berpengalaman luas tempatan yang pernah berkerja dengan produksi luar dan antarabangsa. Bercakap mengenai pemotongan LPF, Lai Yuk Long (pengarah) & Hanson Lim (penerbit) menjelaskan tiada pemotongan besar cuma ada beberapa babak terpaksa diubah terutamanya babak yang intim serta sedikit babak pergaduhan. File mini dikelasifikasi di bawah 18SG dan dijangka ditayangkan di pawangan pada 19 September 2013. Ditanya mengenai kos pembikinan filem ini, Hanson Lim yang mewakili CEO DisplayMax iaitu Mr YF Yen menjelaskan ia membabitkan kos hampir RM3 juta untuk produksi sahaja manakala untuk kos promosi ia membabitkan penambahan dalam RM750 ribu manakala lokasi penggambaran adalah 100 peratus di Malaysia yang membabitkan lokasi seperti Kuala Lumpur, Klang dan Pulau Ketam. Tempoh pengambaran mengambil masa 22 hari dan siap sepenuhnya pada 22 Julai 2012 sebelum diteruskan dengan proses post-produksi.

KONTROVERSI

Filem ‘Dampak’ seperti juga filem-filem lain di Malaysia tidak lepas daripada kontroversi, apabila diajukan soalan mengenai tuduhan daripada bekas pengarah asal filem ini iaitu Andy Mak berkenaan isu kegagalan mendapatkan baki bayaran mengarah dan kadar hak milik skripnya yang dianggarkan RM128,000 daripada penerbit Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd serta digugurkan daripada produksi filem itu tanpa sebab, Hanson Lim menjelaskan , pihak penerbit Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd tidak membuat keputusan penguguran tersebut tanpa sebab yang munasabah dan boleh menjejaskan keseluruhan penggambaran tersebut tetapi ia dibuat setelah perbincangan dan juga tindakan menegur pengarah tersebut gagal menemui jalan yang terbaik maka keputusan tersebut terpaksa dibuat. Malahan pihak penerbit Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd telah pun membayar Andy Mak sejumlah pampasan yang setimpal walaupun hasil kerja beliau tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Menurut Hanson lagi, segala kesulitan dan kekalutan ini telah pun diserahkan kepada pihak peguam syarikat untuk diuruskan. Katanya lagi, pihak penerbit mempunyai bukti yang kukuh dan tidak risau langsung dengan perkembangan ini. Hanson secara berseloroh mengatakan ia merupakan suatu bentuk promosi secara PERCUMA yang dibuat oleh bekas pengarah beliau itu secara tidak langsung namun begitu beliau sangat menghormati Andy Mak sebagai salah satu pengarah iklan terbaik di dalam industri.

IMG_6415

PENGARAH

Pengarah filem ini iaitu Lai Yuk Long, yang ditugaskan mengambil alih pengarahan filem ini setelah pemecatan Andy Mak menjelaskan, beliau mempunyai masa 2 hari untuk mengubahsuai segala kekurangan di dalam skrip ini dan mencari idea-idea tambahan untuk memantapkan lagi skrip asal tersebut. Mengenai perubahan skrip, beliau berkata penambahan dan perubahan dilakukan selaras dengan tempo penggambaran dan setelah beliau mengenali lebih dekat barisan pelakon beliau. Beliau juga memuji komitmen barisan pelakon beliau yang memberikan komitmen lebih dari 100 peratus demi filem ini. Bila ditanya mengenai, kesesuaian seorang yang berbangsa Cina mengarah filem Melayu, Lai Yuk Long berkata, beliau tidak berasa kekok kerana dia telah pun mempunyai pengalaman yang agak banyak dalam industri filem tempatan terutamanya filem Melayu kerana beliau selama ini berkerja bersama dengan ramai pengarah, penerbit serta pelakon filem Melayu antaranya Mamat Khalid, Afdlin Shauki, Vee dan ramai lagi.

Dampak Poster 1cropsmall

SINOPSIS FILEM DAMPAK

Misi mencari Afran yang hilang merupakan titik permulaan pengembaraan Idrus bersama adik-beradik angkatnya iaitu Giran, Hana dan Qyra untuk menyelidik sejarah Tok Long  yang dirahsiakan. Kecacatan dan parut pada muka Tok Long merupakan dorongan utama untuk kesemua  anak-anak angkatnya membalas dendam, tetapi Tok Long sentiasa menghalang dengan keras hasrat mereka itu tanpa memberi alasan yang jelas .Tatu merah yang ada pada pergelangan tangan Tok Long juga menjadikan dorongan mereka untuk terus curiga. Perasaan ingin membalas dendam untuk Tok Long terus membara, tambahan pula dengan ilmu mempertahan diri yang penuh di dada, yang diturunkan sendiri oleh ayah angkat mereka.

Kesempatan untuk meninggalkan kampung demi misi mencari Afran disalahgunakan oleh kesemua adik-beradik angkat itu. Selepas menjumpai Afran di awal misi, mereka meneruskan penjelajahan untuk menyelidik sejarah Tok Long.

Pertembungan dengan Botak merupakan titik peralihan utama kepada pengembaraan mereka. Perkataan ‘Lambang Merah’ yang terkeluar daripada mulut botak semasa dia dipukul oleh orang-orang Man menarik perhatian Idrus dan adik-beradiknya. Akhirnya, Idrus dan adik beradik-angkatnya itu berjaya menyelamatkan Botak dan sebagai ganjaran, Botak menyediakan tempat tinggal dan kabel pekerjaan.

Botak membawa mereka ke Joni Hitam. Joni Hitam merupakan orang kanan yang berpengaruh, yang berkhidmat dibawah payungan sebuah kumpulan gelap yang masyhur bernama Lambang Merah. Aksi daripada Girandan Afran sudah cukup untuk meyakinkan Joni Hitam untuk mengambil kesemua adik-beradik angkat itu berada dibawah naungannya. Idrus terus bersetuju demi matlamat utamanya iaitu untuk mengbongkar rahsia yang terbenam  di dada Tok Long.

Akibat potensi dan kerja tangan mereka, mereka akhirnya dihadapkan ke Tiger Lang iaitu Kepala kumpulan Lambang Merah. Tiger Lang mempelawa untuk terus duduk dibawah payungannya, mereka juga akan diberikan kemewahan yang tidak mungkin mereka dapat ditempat lain. Idrus mula berasa was-was akan kumpulan itu kerana dikhuatiri dapat menyesatkan mereka, tetapi demi matlamat utamanya, dia tetap bersetuju. Tambahan pula dengan desakan keras daripada Giran yang semakin gilakan harta dan sudah mula lali dengan persekitaran yang gelap. Jauh didalam hati Idrus, dia sudah dapat merasakan bahang akibat mengingkari arahan Tok Long tetapi tetap meneruskan pengembaraannya demi hati yang curiga.

Tetapi, apa yang dirancang Idrus tidak menjadi. Akibat ditaburi kemewahan dan bergelumang dengan kejahatan, misi utama Idrus kelihatan semakin kelam kerana mereka semua sudah mulai lalai. Ternyata kerja-kerja haram dan gelap mampu mengaburi mata manusia. Ternyata cinta mampu membutakan perjalanan. Yang disangka teman, rupanya bukan. Demi kemewahan, mereka juga sanggup berbunuhan. Cinta dan dusta tidak dapat mereka bezakan kerana memilih kehidupan yang sedemikian.

Hubungan diantara adik-beradik itu juga mula bergolak. Pengembaraan untuk mencari rahsia Tok Long terus pudar. Persoalan yang timbul bukan sahaja kemampuan mereka untuk membongkar rahsia Tok long, tetapi mampukah mereka kembali bersatu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *